header MY040719   

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

INSPEN, 24 Oktober 2017 – Majlis Kolokium Disertasi Pascasiswazah Ke-2 INSPEN untuk tahun 2017 telah diadakan pagi tadi bertempat di Dewan Nusantara, INSPEN.

Dirasmikan oleh YBrs. Sr. Tn. Hj. Nordin Daharom, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta, majlis ini bertujuan sebagai meda perkongsian ilmu di dalam penyelidikan terutama melibatkan Pegawai Penilaian JPPH yang telah menerima Hadiah Latihan Persekutuan (JLP) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB) di peringkat pengajian Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).

Hasil kajian penyelidikan yang dibentangkan didalam kolokium ini adalah terdiri daripada pelbagai cabang ilmu dalam industri harta tanah.

Pelaksanaan kolokium ini juga adalah menggalakkan budaya penyelidikan di kalangan pegawai JPPH, di samping memberikan pendedahan kepada realiti dunia penyelidikan terutama apabila berada di peringkat pascasiswazah.

Kali ini, seramai 5 orang pegawai telah membentangkan hasil penyelidikan mereka seperti berikut:

BIL

TAJUK – PEMBENTANG

1

An Alternative Procedure of Sales Comparison Method in Valuing Property

Oleh: Dr. Rohana Abdul Rahman

2.

Future Directions for Real Estate Education

Oleh: Sr. Mohd Haris Yop

3.

Quantifying Terrain factor Using GIS Application for Real Estate Property Valuation

Oleh: Sr. Dahlia Mudzaffar Ali

4.

Impact of Building Orientation On Developer’s Selling Price of High Rise Residential Property Case Study: Azelia Residence

Oleh: Sr. Nor Rafidah Abdullah

5.

Sungai Melaka Rehabilitiation and Beautification: Impact on Waterfront Property

Oleh: Khairulbariyah Abdullah

 

kolo1    kolo2    kolokium3    kolokium4    kolo5    kolo6    kolo7 


Kembali Ke Arkib Berita