header MY040719   

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

INSPEN KUNJUNGI FELDA

11 Mac 2021

INSPEN telah melakukan lawatan dan kunjungan hormat ke ibu pejabat FELDA pada 11 Mac 2021 yang lalu.

Delegasi dari INSPEN telah diketuai oleh YBrs Sr Haji Mohd Nazri Ahmad Zahari (Pengarah INSPEN), Encik Yusneta Idon (Ketua Pembangunan, Penyelidikan dan Kepakaran INSPEN), Sr Azlina Mohamad Nor (Ketua Pusat Akademik) dan Puan Syazwana Mohamad Sodikin (Ketua Seksyen Korporat dan Perhubungan Awam INSPEN).

Tujuan lawatan tersebut adalah bagi memperkenalkan program sijil harta tanah yang dikendalikan oleh Pusat Akademik INSPEN serta membincangkan kerjasama antara kedua belah pihak dalam mempromosikan program tersebut kepada anak-anak para peneroka FELDA di seluruh negara.