header MY040719   

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

 

konvo 

INSPEN, 14 November 2017 – Majlis Konvokesyen ke-12 Institut Penilaian Negara (INSPEN) telah dirasmikan oleh YBrs. Sr Haji Nordin Daharom, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta, bertempat di Dewan Jubli INSPEN pagi tadi.

Kali ini, seramai 151 orang graduan telah diraikan yang terdiri daripada 39 orang graduan Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT), 13 orang graduan Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT), serta 99 orang graduan Sijil Agensi Harta Tanah (CEA) sepenuh masa dan separuh masa.

Di dalam ucapannya, YBrs. Sr Haji Nordin Daharom merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua graduan atas kejayaan yang telah dicapai dan berharap agar ilmu yang telah diterima dapat dimanfaatkan untuk kepentingan masyarakat serta negara.

Sebagai menjaga kualiti serta objektif program sijil-sijil akademik INSPEN, pelantikan Lembaga Pengelola Akademik dari kalangan pegawai kanan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Pengajian Tinggi dan para pensyarah universiti-universiti awam serta wakil-wakil industri seperti Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah serta Pertubuhan Jurukur Di Raja Malaysia merupakan langkah tepat dalam mencapai halatuju yang telah disasarkan.

Di akhir ucapannya, beliau merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang telah menggembleng tenaga dan idea dalam membantu para graduan mencapai kejayaan mereka hari ini.

Beliau berharap, agar ilmu yang telah dipelajari oleh para graduan di sepanjang tempoh pengajian mereka akan dimanfaatkan bagi kepentingan masa depan mereka, keluarga, masyarakat serta negara.


Majlis Konvokesyen kali ini turut menyaksikan Anugerah Pengarah INSPEN telah diberikan kepada para pelajar yang menepati kriteria iaitu berjaya mengekalkan pencapaian purata jumlah mata (CPA) 3.5 dan lebih bagi semester pengajian dan mempunyai sahsiah diri yang baik kepada nama-nama yang berikut:

NOOR SUZANA BINTI KAMARUL ZAMAN

SPHT

FARHANA HIEDAYU BINTI HAMDAN

SPHT

NUR BAHIYAH BINTI NOOR RUDDIN

SPHT

NUR IMAN HABIBATTI BINTI SALMAN

SPHT

NUR AMIRAH BINTI MD SHA’ADUN

SPHT

NURSYUHAIDA BINTI KAMARUZAMAN

SPGT

Manakala, Anugerah Ketua Pengarah Penilaian yang diberikan kepada pelajar berdasarkan pencapaian tertinggi dalam bidang akademik serta mempunyai sahsiah diri yang baik adalah seperti berikut:

CHEE KAI SHI

SPHT

NURHIDAYAH BINTI MOHD SHAHRIN FUADDI

SPGT

Selain itu, Anugerah Cemerlang Sijil Agensi Harta Tanah yang disumbangkan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah turut diberikan kepada pelajar Sijil Agensi Harta Tanah yang lulus sekurang-kurangnya empat (4) subjek dan ke atas dengan kepujian, iaitu:

HUAN SU LING

CEA

AMRAN BIN MOHD YUSOF

CEA

Kembali Ke Arkib Berita