header MY040719   

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

 

MAJLIS MALAM APRESIASI PELAJAR INSPEN 2022

11 Mac 2022


Pusat Akademik, INSPEN telah menganjurkan Majlis Malam Apresiasi Pelajar INSPEN 2022 bertempat di Dewan Jubli, INSPEN.
Majlis yang bertemakan Bollywood Night ini diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Sr A’zmi bin Abdul Latif, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Majlis ini diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar INSPEN yang bakal menamatkan pengajian mereka sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang mencabar melalui penempatan Latihan Industri di seluruh negara.
Turut hadir sama di dalam majlis ini ialah YBrs. Sr. Rosni Nawati binti Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Operasi) dan Tuan Haji Amran bin Mat Yaacob, Pengarah INSPEN.