header EN031019

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

 

 

1. How to Talk to Anyone

Talk To Anyone

Pengarang   : Leil Lowndes             

Imprint          : Batu Caves : House Publishing, 2020 

Mukasurat    : 481    

Sinopsis :

Buku How to Talk to Anyone adalah buku berbentuk teknikal dan bersifat modul. Ia adalah sebuah buku komunikasi bersifat segar dan dapat dijadikan sebagai alat bantuan komunikasi yang sangat berkesan. Diakui, kemahiran berkomunikasi bukan suatu perkara yang boleh dipandang ringan dalam menjalani kehidupan seharian. Komunikasi yang baik dan jelas bukan sahaja dapat membantu memudahkan kita menguruskan kehidupan, malahan dapat membina silaturrahim dan ukhuwah yang sihat dan harmoni.

2. Tip Penggunaan Ubat-Ubatan Dengan Selamat

 Penggunaan ubatan selamat

Pengarang   : Gan siew Hua        

Imprint           : Pulau Pinang : Penerbit USM, 2019

Muka surat   : 188

Sinopsis :

Tip Penggunaan Ubat-ubatan dengan Selamat ditulis berpandukan soalan-soalan yang sering ditanya kepada penulis sepanjang karier beliau sebagai ahli farmasi. Soalan-soalan seperti :

  • Bolehkah ubat dikongsi bersama ahli keluarga?
  • Bolehkah antibiotik disimpan untuk jangkitan kuman pada masa hadapan?
  • Bilakah masa terbaik pengambilan ubat?
  • Apakah yang dimaksudkan dengan ‘’sebelum”dan “selepas” makan?
  • Bolehkah ubat-ubatan moden diambil bersama dengan ubat herba?
  • Bolehkah ubat biji diambil bersama dengan air panas atau kopi?
  • Apakah dos maksimum ubat paracetamol sehari?
  • Adakah paracetamol berinteraksi dengan durian atau alkohol?

Mungkin dianggap remeh tetapi sebenarnya penting. Buku ini juga sesuai dijadikan panduan kepada pelajar-pelajar bidang jururawat, farmasi serta perubatan. Semoga pengetahuan yang terkandung dalam buku ini dapat memberi manfaat kepada pembaca tentang penggunaan ubat-ubatan seharian dengan cara yang betul.

3. Perubatan Al_quran Rawatan Kanser 

Perubatan AlQuran

Pengarang   : Haji Lokman Abdul Hamid             

Imprint          : Batu Caves : Mustread , 2019 

Mukasurat    : 284  

Sinopsis :

Kanser adalah antara penyakit kronik yang paling ditakuti pada zaman kini.
Ia menyerang segenap lapisan masyarakat tanpa mengira jantina dan latar belakang seawal usia bayi sehingga ke lanjut usia.

Buku ini merungkai permasalahan kanser serta memberi pencerahan kepada para penghidap dan penjaga pesakit kanser untuk lebih memahami penyakit ini dengan lebih mendalam.

Fokus Utama:

  1. 1. Pengertian Kanser.
    2. Punca Kanser.
    3. Rawatan Moden.
    4. Rawatan Melalui Ayat-Ayat Suci Al-Quran
    5. Amalan Hidup Sihat Tanpa Kanser.

Terdapat juga kisah sebenar pengalaman pesakit-pesakit kanser serta panduan dan tips dikongsikan sebagai panduan dalam menghadapi penyakit ini.

4. Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat

Mengenai Solat

Pengarang   : Rohidzir Rais             

Imprint          : Batu Caves : Publishing House, 2020 

Mukasurat    : 107

Sinopsis :

Semua Ibadah zakat memerlukan material berupa harta kekayaan yang mencukupi jumlahnya dan sebahagiannya perlu cukup kiraan setahun tempoh pemilikannya. Beruntung mereka yang dikurniakan limpahan harta kekayaan hingga berpeluang mengerjakan ibadah yang mulia ini. Namun bagaimana pula mereka yang tidak berharta atau tidak mampu mengeluarkan zakat? Pasti timbul rasa terkilan bagi mereka yang berpendapatan rendah atas kegagalan melaksanakan tuntutan Allah ini.

Namun, berbeza dengan solat, ia diwajibkan ke atas siapa sahaja yang mencapai usia matang tanpa mengira status kehidupan mahu pun kekayaan. Kelayakan minima solat ini membolehkan ibadah ini dilakukan oleh semua orang Islam. Solat merupakan pelerai kepada status sosial. Di mana ia amat mengharukan apabila melihat jemaah di dalam masjid yang menunaikan solat bersama tanpa mengira pangkat dan darjat. Seorang kaya yang berjubah mahal bersolat di samping seorang tukang kasut berbaju lusuh. Seorang menteri berpangkat tinggi sujud di sebelah seorang penganggur entah dari mana. Walau berbeza darjat dan kasta, namun mereka menyembah Tuhan yang sama, bersujud kepada seorang Pencipta yang satu.

Menakjubkan, bagaimana ibadah solat ini merungkai segala ikatan egonisme dan melerai tembok materialis yang memisahkan seorang manusia dengan manusia yang lain. Namun dalam solat, mereka hanya hamba-hamba Allah yang bersujud kepada-Nya. Membezakan kedudukan mereka, hanya ketakwaan.

Ibadah haji yang dikerjakan berpuluh ribu manusia di Makkah setiap tahun adalah syiar global Islam di dunia. Ia simbol universal agama Islam dan umatnya. Namun, ibadah haji menuntut keperluan yang tinggi dari segi kos perjalanan yang meningkat setiap tahun dan peruntukan masa yang sukar dipenuhi. Malah kepadatan kuota jemaah haji yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi juga menjadi penghalang kepada seorang Islam menunaikan ibadah teragung ini. Natijahnya tidak ramai yang berpeluang mengerjakan haji, dan kalau pun berpeluang, tiada jaminan ibadahnya sempurna. Justeru, ibadah haji adalah tuntutan yang memerlukan modal terlalu besar untuk dilakukan, sekali gus menyekat penyertaan ramai individu Muslim.Tetapi sebaliknya bagi solat. Ia adalah satu-satunya ibadah berganjaran besar tanpa memerlukan modal besar.

Solat tidak menuntut kos pengangkutan yang tinggi kerana ia boleh dilakukan di mana sahaja. Justeru, ia juga tidak perlu dihadkan dengan kuota tertentu kerana tempat solat tidak ditentukan pada suatu negeri tertentu. Rasulullah pernah menceritakan mengenai kelebihan baginda dan umatnya dibandingkan dengan para nabi dan umat mereka yang lain. Antara kelebihan itu ialah Allah menjadikan seluruh muka bumi ini tempat bagi orang Islam menunaikan solat.

5. Terapi Solat Tahajud 

 Terapi Tahajud

Pengarang   : Mohammad Salleh            

Imprint          : Batu Caves : Publishing House, 2019

Muka surat   : 178

Sinopsis :

Tentu Anda Ingin Tahu:

  • Benarkah solat tahajud dapat menyembuhkan penyakit?
  • Apakah bukti solat tahajud dapat merangsang penghasilan hormon badan?
  • Bagaimana solat tahajud mampu mempengaruhi peningkatan sistem imunisasi?
  • Mengapa ramai orang menunaikan solat tahajud namun penyakitnya tidak juga sembuh?
  • Apakah teknik terbaik dalam menghasilkan kesan optimum kepada tubuh sewaktu melaksanakan solat tahajud?
  • Anda mempunyai penyakit yang sukar disembuhkan?
  • Ingin kembali sihat dan memiliki daya tahan tubuh yang ampuh?
  • Tercari-cari ubat mujarab dalam menyembuhkan diri daripada penyakit yang dideritai?
  • Lupakanlah segala ubat-ubatan yang anda tahu. Lakukanlah solat tahajud.

Terapi Solat Tahajud adalah integrasi ilmu kontemporari dan agama. Ia menyingkap penemuan-penemuan moden mengenai kehebatan solat tahajud khususnya dalam meningkatkan kekebalan tubuh terhadap penyakit. Ia mampu membantu anda meningkatkan kualiti ibadah terutamanya solat tahajud. Jadikan solat tahajud anda kunci kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. 

6. Begini Rasulullah Melayan Keluarga   

Rasulullah melayan Keluarga

Pengarang   :  Ahmad Sanusi Azmi              

Imprint          : Shah Alam : Grup Buku Karangkraf, 2020 

Mukasurat    : 203

Sinopsis:

Naskhah yang membincangkan mengenai bagaimana Rasulullah memberi panduan kepada setiap yang berkeluarga untuk membina rumah tangga syurga.

Ditulis dalam bentuk point dan disertai dengan penerangan ringkas, untuk memudahkan pembaca memahami satu per satu isi penting yang dibincangkan.

Antara kandungan menarik:

  • Akhlak Seorang Suami
  • Rasulullah Juga Mengemas Dapur
  • Tanggungjawab Isteri Menegur Suami
  • Mendidik Anak Dengan Adab
  • Rasulullah Dan Anak Perempuan
  • Memelihara Akidah Anak
  • Lelaki Yang Menyebabkan Nabi Menangis

7. Stay Strong

Stary Strong

Pengarang   : Bonda Nor           

Imprint           : Petaling Jaya : Geleri Ilmu, 2020 

Mukasurat    : 136

Sinopsis :

Apa khabar jiwa kita hari ini? Sudahkah berpuas hati dengan apa yang ada? Sudahkah berasa cukup apa adanya? Kalau masih belum, seharusnya engkau mula terus mendaki dan mendaki. Berusaha untuk menjadi lebih baik lagi. Kalau rasa sudah pun berada di zon selesa, seharusnya engkau mula risau. Jenguk hatimu. Apa yang engkau temui di situ? Adakah seputar cerita tentang engkau, engkau dan engkau? Gaji engkau sudah cukup, kerja engkau sudah bagus, rumah engkau sudah mewah, kereta engkau sudah selesa, jiran engkau sudah baik, itu sudah cukup? Engkau lupa tuntutan utama hidupmu sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi Allah? Ingatlah, selagi engkau bernafas, inilah tugas yang harus engkau galas tanpa sedikit pun rasa mahu bermalas-malas!

8. Tazkirah Makan Malam   

Tazkiran Makan Malam

Pengarang   : Anwar Nusi              

Imprint          : Batu Caves : Publishing House, 2019

Muka surat   : 250 

Sinopsis :

Buku ini memuatkan kisah-kisah yang dekat dengan masyarakat. Kisah-kisah cinta, kisah rumah tangga, pasangan hidup, realiti kehidupan dan realitI masyarakat. Menyentuh tentang ujian hidup, pengalaman dan kerisauan insan. Memuat akhlak mulia dan perkara yang dapat membuat hati bahagia.

Berikutnya tip cara menangani stres mengikut acuan Islami. Kisah yang dihadapi semua orang insyaAllah. Tujuan tulisan ini adalah supaya kita sama-sama mengingati Allah dan menyempurnakan tanggungjawabnya sebaik mungkin. Ini kerana, dari mana kita datang ke situlah kita akan dikembalikan. Balasan baik adalah bagi orang-orang yang taat, beramal, dan bertakwa. Ini janji- Nya.

Tanpa mengaku-ngaku milik sendiri, dalam buku ini ada yang asli idea saya dan ada pula idea orang lain yang dikutip di sana sini. Ada kutipan daripada al-Quran, hadis Nabi s.a.w, para ulama salafus-soleh, tokoh-tokohnya yang mulia dan buku-buku yang dibaca. Sementara rujukan dan sandaran disertakan di akhir halaman.

Harapan saya pembaca dapat membacanya sehingga selesai tanpa melangkau di sana sini dan bermanfaat hendaknya. Apa yang baik dijadikan teladan sementara yang buruk dijadikan sempadan. Andai ditemukan kesalahan, tegurlah. Andai ditemukan suatu yang baik dan berguna, doakanlah penulisnya dari kejauhan. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maka, sekarang saya persembahkan karya yang tiada sepertinya ini ke hadapan pembaca. Bacalah dengan memulainya dengan kalimah taiyyibah Bismillahirrahmanirrahim.

9. 77  Resipi Kek Lapis Sarawak

 Resepi kek lapis sarawak

Pengarang   :   Noy Yullan  

Imprint           :   Batu Caves : Publishing House, 2019

Muka surat   :   172    

Sinopsis :

Buku resipi ini adalah hasil pengembaraan Noy Yullan yang berasal dari Sarawak. Penulis amat teliti dalam menyampaikan maklumat berkaitan kek lapis Sarawak. Terdapat penambahbaikan terhadap cara olahan dari resepi kek lapis yang lama mengikut kesesuaian zaman. Ini termasuk cara sukatan dahulu dan sekarang. Menarik pada saya apabila membaca buku ini adalah, grafik dan gambar-gambar kek amat menarik dan menyelerakan. Terdapat nama kek lapis yang terdapat di Brunei seperti Kek Lapis Jerudong Park. Kebiasaannya kek lapis lumut, belacan dan cheese adalah menjadi bualan setiap perayaan hari raya. Buku ini sesuai dibaca oleh semua terutama warga Sarawak kerana amat sinonim bila orang luar Sarawak bertanya tentang kek lapis Sarawak.

10. Aku Pilih Bahagia

Aku Pilih Bahagia

Pengarang   : Umie Nadzimah     

Imprint           : Bandar Tun Hussein Onn : Penerbit Karyaseni, 2019

Muka surat   : 500

Sinopsis :

“You tetap isteri yang I sayang…” – Aidan Ya.

Dhiya isteri yang disayangi, bukan yang dicintai. Empat tahun rumah tangga mereka sangat bahagia sehinggalah muncul Humaira, bekas tunang alias cinta pertama Aidan. Keluarga Aidan pula meletakkan kesalahan di atas bahu Dhiya kerana masih tak mampu lahirkan zuriat untuk suami. Tak mahu terus didera mentalnya, Dhiya mohon untuk undur diri. Namun tidak mudah untuk Dhiya melalui hari-hari tanpa Aidan. Dia hilang arah, kecewa dan terlalu mengharap Aidan kembali.

“Move on la Dhiya, nak meratap-ratap lagi buat apa? Sebab tu banyak lelaki yang melampau! Sebab ramai perempuan lemah! ” – Dzikri Hafiy

Berkat sokongan keluarga dan lebih-lebih lagi Dzikri, Dhiya bangkit semula untuk mulakan hidup baru. Berhijrah ke tempat yang jauh, rancang sesuatu untuk terus melupakan kesakitan lalu disamping membantu sepupunya, Inas yang turut mengalami nasib yang sama. Dhiya berkenalan dengan Arneesa yang ditindas suami dan keluarga mentua. Mereka jadi sangat rapat dan saling membantu serta menyokong antara satu sama lain. Selepas melalui fasa getir, Dhiya semakin bahagia dan bertambah sempurna dengan kehadiran Maream. Dzikri melamar Dhiya untuk dijadikan isteri setelah berbelas-belas tahun menunggu masa yang sesuai.

Apakah jawapan Dhiya? Dhiya tahu yang Arneesa terlalu menaruh harapan pada Dzikri. Malahan Arneesa itu seorang wanita yang lebih teruk deritanya berbanding Dhiya. Bermakna Arneesa lebih memerlukan lelaki sebaik Dzikri sebagai pelindung. Aidan dan keluarganya juga muncul semula untuk memujuk Dhiya kembali kepada mereka, sementelah Maream itulah satu-satunya penyambung keturunan yang ditunggu-tunggu. Siapakah pilihan Dhiya untuk terus mencipta bahagia? Dzikri Hafiy yang telah banyak berkorban untuknya atau menerima semula Aidan, ayah kandung Maream? Dan bagaimanakah pula nasib serta jodoh Arneesa? Dia pun ingin bahagia dengan lelaki yang dicintai. Dapatkan jawapannya dan ikutilah kisah tiga wanita yang ingin bangkit dari fasa terluka dalam AKU PILIH BAHAGIA.