header EN031019

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

 

 

1Agile project management for gorvenment

Agile project

Pengarang  :  Brian Wernham          

Imprint  :  London  :  Maitland & Strong , 2012 

Mukasurat : 334 ms 

Sinopsis:

The indispensable guide to agile leadership for the public sector

The US Department of Defense canceled a Human Resources project after 12 years of wasted effort:  $1bn was written off, costing every US taxpayer $100. The UK government terminated an emergency fire services project, and £469m was written off in a single year. Just one failure amongst many.;Large government technical development projects self-destruct on a regular basis despite intense political scrutiny and detailed audit. These failures must not continue.

This book explains how agile leadership reduces the risks of failure in Government.  It is essential reading for leaders in central, federal and local government and for senior managers in companies with government clients. \

Highlights include:

  • •             Reasons why many large change projects have failed and how to ensure yours doesn’t
  • •             The 9 Agile Leadership Behaviors for success!
  • •             The low-down on US and UK government rules, regulations and strategies
  • •             How to lead successful projects using Scrum and DSDM

Written by change management expert Brian Wernham, who has more than 30 years’ experience in adaptive project management, this guide is required  reading for leaders in central, federal and local government and for senior managers in companies with government clients.

2Amalan Qiamullail

Amalan Qiamullail

 

Pengarang :  Jamil Bin Dato Tajuddin al-Jarumi            

Imprint  : Shah Alam : Geleri Ilmu , 2018

Mukasurat : 122 ms 

Sinopsis:

Amalan Qiamullail mengupas serba-serbi tentang qiamullail, merangkumi tip untuk mudah berqiamullail, amalan ketika qiamullail, doa-doa serta zikir yang sahih. Juga panduan lengkap solat sunat Tarawih.


KANDUNGAN
·       Kelebihan Qiamullail

  • ·       Tip Agar Mudah Melakukan Qiamullail
  • ·       Wirid-wirid Sebelum Terbenam Matahari
  • ·       Amalan-amalan antara Maghrib dan Isyak
  • ·       Solat Sunat Awwabin
  • ·       Wirid-wirid Selepas Solat Sunat Awwabin
  • ·       Amalan Selepas Solat Isyak
  • ·       Solat Sunat Tarawih pada Bulan Ramadan
  • ·       Solat Sunat Witir
  • ·       Wirid-wirid ketika Hendak Tidur
  • ·       Wirid-wirid ketika Terjaga daripada Tidur
  • ·       Solat Sunat Tahajjud
  • ·       Doa yang dibaca selepas Solat Tahajjud
  • ·       Solat Sunat Hajat
  • ·       Solat Sunat Isyraq
  • ·       Solat Sunat Dhuha
  • Solat Sunat Tasbih

3. Benchmarking Collaborative Networks A Key To SME Competitiveness (Contributions To Management Science) 2015th Edition

Benchmarking Collaborative

Pengarang : Katarzyna Rostek       

Imprint :  New York :  Springer , 2015

Mukasurat : 169 ms 

Sinopsis :

Limited potential of financial, organizational, human and technology resources doesn't provide SMEs sufficient opportunities to access information and knowledge necessary in competition. Observing the methods and tools used by large companies,  this book studies the conditions under which it would be possible to provide support to SMEs at a lower cost and with greater methodological and organizational backing. The author presents the proposed solution, Benchmarking Collaborative Network, which would  provide SMEs access to information about their level of competitiveness, the key areas for the creation of competitive advantage and the activities required to achieve this advantage.

4. Halal haram di alam siber

Halal haram alam siber

Pengarang :  Muhammad Izuwan          

Imprint : Kajang :  Geleri Hikamh Resources , 2019 

Mukasurat :  171 ms  

Sinopsis :

Dunia hari ini banyak dipengaruhi teknologi alam siber. Banyak masa manusia hari ini dihabiskan dengan menggunakan gadget seolah-olah manusia hari ini mempunyai dua kehidupan. Satu di alam nyata dan satu di alam siber. Terdapat pelbagai aktiviti di alam siber yang hampir sama dengan alam nyata contohnya berbual, berkomunikasi, berjual-beli, berhibur, kata-mengata, fitnah-memfitnah dan sebagainya. Jadi, di alam siber juga terlibat dengan amal manusia dan di mana ada amal, maka di situ ada hukum.

5. Bidayatul hidayah : Jalan menuju petunjuk

Bidayatul hidayah

Pengarang :  Imam Al-Ghazali i       

Imprint       :   Kuala Lumpur :  Telaga Biru , 2017  

Mukasurat :  148 ms  

Sinopsis :

Panduan menjadi manusia bertakwa dalam meraih keredaan Allah.

Bidayah al-Hidayah adalah sebuah karya yang tidak asing lagi dalam dunia Islam. Ia telah menjadi bahan rujukan utama dalam kalangan umat Islam tanpa dibatasi sempadan negara dan perbezaan bangsa.

Bahkan, kitab ini telah diterjemah dalam pelbagai bahasa. Itulah antara tanda keberkatan dan penerimaan kitab ini. Di Nusantara, kitab Bidayah al- Hidayah ini telah diterima dengan baik sebagai baahan bacaan umum dan khusus, sama ada di masjid-masjid, surau serta pusat-pusat pengajian. Ia menjadi bahan yang dipelajari oleh setiap pelajar yang ingin memulakan jalan menuntut ilmu.

Keistimewaan kitab ini adalah, ia menjadi panduan atau boleh disebut sebagai manual harian bagi seorang Muslim sama ada berkaitan amalan ketaatan (rohani dan jasmani), menjauhi kemaksiatan dan perhubungan sesama insan. Ketiga-tiga perkara ini ialah tunggak utama kepada seorang Muslim.

6. Memori Inari

Memori Inari

Pengarang  :  Sara Aisha             

Imprint         : Bandar Tun Hussein Onn : penerbitan Karyaseni , 2019

Muka surat :  702 ms 

Sinopsis :

Cinta itu seperti pedang dua mata. Bisa melindungi, juga melukai.

  “I’m your husband.”

 Semuanya bermula dengan pengakuan itu. Aku tiba-tiba menjadi isteri kepada Gibran Lutfi, lelaki yang tidak pernah aku kenal seumur hidup aku. Kata mereka, kami pasangan pencinta sejati. Sanggup mempertaruhkan nyawa demi satu sama lain. Kegilaan apa ini? Aku cuma ada tunang. Dan tunang itu bukanlah seorang Gibran Lutfi.

“Ara kehilangan memori empat tahun ini.”

 Hilang ingatan? Drama apa yang sedang mereka main? Aku tidak percaya! Tetapi sayang, itulah hakikatnya. Aku tidak ingat apa yang berlaku sejak empat tahun yang lalu. Kata mereka lagi, semuanya gara-gara sebuah kemalangan.

 Namun…

 Benarkah ada kemalangan yang berlaku? Kenapa aku seringkali dihantui mimpi-mimpi menakutkan? Kenapa aku seringkali mendengar suara-suara aneh? Dan juga, kenapa aku selalu nampak dia berlumuran dengan darah?

 “Aku nak kau mati.” - Dia

 “Darah dibayar dengan darah. Nyawa dibayar dengan nyawa.” - Gibran

 Semakin aku cari kebenaran, semakin aku buntu. Apatah lagi, bila hati mula berdetak aneh. Melihat lelaki itu sahaja, sudah mampu membuatkan aku senyum sendiri.

 “How do you feel?”

“Macam orang kena kahwin paksa.”

“Then, you will fall for me.”

“Huh?”

“Dalam drama kahwin paksa, hero-heroin selalu ended up jatuh cinta dan live happily ever after, kan?”

 Mampukah kami betul-betul live happily ever after, bila aku dikelilingi rahsia demi rahsia? Pembohongan demi pembohongan? Kata Gibran, demi melindungiku. Tetapi, daripada siapa? Apa yang sudah berlaku dalam empat tahun ini? Dan kenapa pula, ada tangan yang mahu mencabut nyawaku?

7. Resipi Diet Sihat

resepi diet sihat

Pengarang : Aizat Razak   

Imprint  : Shah Alam : Grup Buku Karangkraf  , 2019

Muka surat : 115 ms.

Sinopsis :

Mengandungi 30 resipi diet yang sihat dan rendah kalori.

- Terdapat pembahagian resipi seperti nasi, mi, pasta, lauk dan roti.

- Terdapat info dan tip tentang kalori makanan yang diambil.

- Walaupun resipi yang dipaparkan adalah resipi diet, tetapi pembaca masih berpeluang menikmati makanan kegemaran seperti nasi, pasta dan roti.

- Diolah dan dihasilkan oleh jurulatih penurunan berat badan.

8Survival : Dibunuh Atau Membunuh , Mati Tetap Mati    

survival

Pengarang : Arifful Baqi    

Imprint  : Shah Alam : Grup Buku Karngkraf , 2019  

Muka surat : 482 ms

Sinopsis :

Amri dipenjarakan kerana kesalahan membunuh. Dia terlibat dengan aktiviti pembunuhan antarabangsa demi menjaga kestabilan dunia. Tanpa sedar, dia sebenarnya telah menjadi ‘kambing hitam’ atas tujuan peribadi seseorang. Sehinggalah muncul satu program, Program Pengampunan Banduan. Amri dan beberapa banduan yang lain telah terpilih untuk mengikuti program ini. Mereka dibawa ke sebuah pulau yang belum pernah diterokai oleh manusia. Tanpa sangka, Pulau Larus itu ada ketua yang menjaganya. Amri mula berasa tidak senang. Ada sesuatu yang mencurigakan. Apatah lagi mendengar syarat untuk lulus dalam program  ini. Syarat pertama; Hiduplah untuk bebas! Syarat kedua; Bunuhlah seramai mungkin manusia yang ada di pulau itu. Dan, bermula hari itu… mereka bermati-matian membunuh. Jika tidak membunuh, mereka akan mati dibunuh! Inikah harga untuk sebuah kebebasan? “Inilah takdir kau. Jangan pernah terfikir kau boleh tinggalkan dunia yang  penuh kegelapan ini. Kau tak ditakdirkan untuk hidup bahagia seperti manusia biasa!”  - Particle “Sekurang-kurangnya, aku tak perlu mengulangi dosa lama!” -  Amri “Kamu tak boleh lari daripada kematian!” – King

9. Tanda-Tanda Orang Munafik Dalam Al-Quran 

tanda tanda org munafik

Pengarang :  Muhammad Yusuf Abdu            

Imprint  : Batu Caves : Al-Hidayah House of Publishing  , 2016

Muka surat :  365 ms   

Sinopsis :

Orang munafik boleh dianggap sebagai musuh di dalam selimut atau api di dalam sekam. Kewujudan mereka ini boleh meruntuhkan sesebuah organisasi atau kumpulan masyarakat. Sekiranya terdapat ancaman musuh sebenar, kita boleh kenali dan berwaspada sepenuhnya.Tetapi golongan munafik ini amat sukar dikenal pasti kerana mereka juga sama seperti kita. Namun kehadiran mereka amat berbahaya. Oleh sebab itu di dalam AI-Quran dinyatakan tentang tanda tanda golongan munafik ini sebagai peringatan untuk seluruh umat Islam agar sentiasa bersiap sedia menghadapi tipu helah mereka.
Buku hasil tulisan Dr. Muhammad Yusuf'Abdu ini adalah satu rujukan yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh setiap Muslim dalam mengenali golongan munafik ini. Disampaikan dengan susunan dan persembahan yang mudah. Memberi ingatan kepada semua pembaca berkenaan tanda-tanda orang munafik dan kenapa golongan ini begitu mengancam dan berbahaya. Seperti yang telah terdapat di dalam AI-Quran dan hadis-hadis Nabi S.A.W, agar kita tidak terpedaya dan leka oleh tipu daya dan strategi mereka yang akan memusnahkan Islam.
Semoga dengan kehadiran buku yang berada di tangan anda dan sedang anda belek ini akan memberikan kita semua satu panduan dan ingatan agar kita tidak terjebak oleh tipu helah dan kelicikan golongan ini. Dan kita juga tidak terjerumus dan tergolong di kalangan mereka.

10.The Auctioneer’s Guide To Real Estate Auctions In Malaysia

the auctioneer

Pengarang : Nor Azriyati Wan Abd Aziz                

Imprint : Kuala Lumpur : University of Malaya Press  ,  2017

Muka surat :  77 ms 

Sinopsis :

This book concludes with valuable insights for improving the current auctioneer's profession in Malaysia. The contents of this book are based on authors' previous research and experiences in this area