header EN031019

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

 

 

1. Pengurusan Keselamatan Projek Pembinaan

Keselamatan Projek Pembinaan

Pengarang   : Mohd Saidin Misnan            

Imprint          : Skudai : Penerbitan UTM, 2013 

Mukasurat    : 351

Sinopsis:

Keselamatan ialah keadaan yang bebas daripada risiko berbahaya. Hal ini adalah berkaitan dengan bahaya yang boleh mendatangkan kecederaan fizikal dan risiko terhadap kesihatan dalam jangka masa tertentu. Usaha yang baik daripada semua pihak dalam industri pembinaan akan menjadi sia-sia jika setiap individu daripada pekerja di tapak projek pembinaan tidak mengambil berat dan gagal untuk mengikutinya. Pengurusan keselamatan di tapak projek pembinaan melibatkan aspek perancangan, pelaksanaan, dan pengawalan prestasi keselamatan yang memerlukan penglibatan yang penuh daripada semua kumpulan pekerja di tapak projek pembinaan, terutamanya buruh binaan yang terdedah kepada pelbagai hazard secara langsung.

Buku ini sesuai sebagai rujukan khusus kepada pelajar yang mengikuti program berkaitan keselamatan, terutamanya dalam bidang pengurusan keselamatan, kejuruteraan awam, ukur bahan, pembinaan, pengurusan pembinaan, ukur bangunan, teknologi bangunan, pengurusan sumber manusia, pengurusan fasiliti, dan seni bina serta sebagai bacaan umum kepada mereka yang berminat untuk meningkatkan pengetahuan tentang pengurusan keselamatan dan kesihatan di tapak projek pembinaan.

2. Basic Aspects of Property Market Research

Basic Aspect Property

Pengarang   : Abd Hamid Mar Iman            

Imprint          : Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, 2012 

Mukasurat    : 394

Sinopsis:

Property market research basically deals with investigation and information generation related to all aspects of property business. It systematically and objectively scrutinizes the various components of human environment and property–related activities; examines their nature, issues, and problems; collects the relevant data; analyzes them in relation to certain specified issues, problems, and objectives; make conclusions; and documents the acquired information for firm’s decision–making purposes.

As property market research helps well–informed decision–making, its scope can be very diverse. However, this book has chosen to discuss the fundamental aspects of property market research with a view to address all those aspects mentioned above. The chapters are so arranged to cover the concept of research, basic understanding about property market, its environment, consumer’s behaviour, location and productivity analysis, and the main elements of property market analysis.

3. Perumahan Pembangunan, Pengurusan Dan Pemasaran Estet 

Perumahan Pembangunan

Pengarang   : Ibrahim Wahab          

Imprint          : Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2017 

Mukasurat    : 185  

Sinopsis :

Dalam buku ini, penulis ingin menghuraikan beberapa elemen penting yang menjadi pertimbangan dalam konteks pengurusan dan pembangunan sector perumahan.  Bagi memenuhi tujuan, beberapa isu penting yang berkaitan dengan aspek pembangunan perumahan dikupas secara terperinci ke arah memberi gambaran yang lebih jelas tentang isu dan perspektif perumahan yang dibincangkan.

Secara umumnya, penulis cuba membincangkan segala aspek yang berkaitan dengan pembangunan perumahan merangkumi peringkat awal perancangan, pembangunan, pengurusan dan pemasaran.  Aspek-aspek yang dihuraikan dalam buku ini akan dapat membantu para pembaca untuk lebih memahami perspektif pembangunan perumahan dan juga isu-isu semasa yang berlaku pada masa kini.

Buku ini sesuai dibaca golongan penggubal dasar, ahli akedemik, para penyelidik, penuntut di Institusi Pengajian Tinggi dan juga pembaca umum yang prihatin dengan perkembangan sektor perumahan di Malaysia

4. Quality Management System at Construction Project

Quality Management

Pengarang   : Mat Naim Abdullah          

Imprint          : Skudai : Penerbitan UTM, 2017 

Mukasurat    : 68

Sinopsis :

Despite of implementing the quality management for decades, the construction players fail to optimize its benefits.  Hence critical success factors in implementing the project quality management is imperative where the objectives and the whole implementation of the project will be successful by focusing on a few key areas of the project quality management regardless of the types of quality system or version.

This book introduces the critical success factor for the project quality management system where the factors were identified through the scientific research methodology of Interpretive Structural Modelling.  It is beneficial to all construction players i.e. the project manager, consultant and contractor and the academician and student in the construction and quality management disciplines.  The researcher can understand the use of Interpretive Structural Modelling method and its practical application.

5. Sustainable And Green Property Management

Sustainable

Pengarang   : Muhammad Najib Mohamed Razali        

Imprint           : Skudai : Penerbit UTM, 2019 

Mukasurat    : 251

Sinopsis :

This book provides a compilation of various literature and studies within the area of sustainable property. It has been shown that the three pillars of Sustainable Development which are economy, environment and social permeate various aspects of property including development, management and investment. This book addresses the current lack of literature on aspects of sustainability for property development, property management and property investment. Thus, chapters in this book can be broadly divided into three areas: topics on property management discuss general framework for green property management and its practices for office buildings in Kuala Lumpur with specific emphasis on green lease; chapters on property development review disaster management efforts that contribute towards sustainable housing and community development, type of housing cooperative as solution for current housing woes, and spatial indicator that can be used to assess housing sustainability and affordability; and finally a segment on property investment which presents chapters on a framework for sustainable asset management for REITs, how house prices can be affected by aircraft noise, and the linkages between water quality and house price. This book hopes to be a source of reference for students who wish to broaden their knowledge on areas of sustainable property as well for researchers who are interested to gain a comprehensive outlook for future research and decision making in the field of property.

6. Pemikiran Frank Lloyd Wright : Ke Arah pembentukan Identiti Seni Bina  Kebangsaan

 Frank Lord Wright

Pengarang   : Alice Sabrina Ismail            

Imprint          : Skudai : Penerbit UTM,  2018

Muka surat   : 224

Sinopsis :

Buku ini mengupas masalah identiti seni bina nasional di Malaysia serta menyingkap penghasilan prinsip reka bentuk yang bercirikan semangat kebangsaan. Untuk menangani masalah identiti seni bina nasional, buku ini memberi fokus dan mengambil iktibar daripada falsafah tokoh seni bina agung Frank Lloyd Wright. Falsafah beliau dilihat relevan dengan aspirasi rakyat kerana menitikberatkan nilai kemanusiaan dan mementingkan sosiobudaya dalam setiap reka bentuknya. Menyedari hal ini, ideologi dan prinsip Wright yang terdiri daripada kefahaman terhadap elemen butiran, penggunaan bahan, gubahan gaya dan ekspresi setempat, pengaplikasian teori organik, mereka bentuk artikulasi ruang dan rupa bentuk yang bersifat regionalis serta pemahaman terhadap seni bina demokrasi, boleh dijadikan sebagai panduan untuk mewujudkan seni bina yang beridentiti nasional bagi menjamin pembangunan alam bina di Malaysia.

 7. Kemampanan Ekonomi Luar Bandar

Kemampanan Ekonomi

Pengarang   : Mohd Zaki Bahrudin         

Imprint           : Skudai : Penerbit UTM, 2019

Muka surat   : 224

Sinopsis :

Kemampanan aktiviti ekonomi menjadi penanda aras penting bagi mengukur tahap kemajuan dan kemampuan komuniti luar bandar. Kepelbagaian aktiviti ekonomi yang wujud dapat menjadikan sesuatu kawasan atau daerah itu sebagai salah satu tarikan untuk menarik pelabur luar serta menjadikan tempat tersebut sebagai destinasi pelancongan. Walau bagaimanapun, cabaran dan tekanan ekonomi semasa terutamanya dalam peningkatan kos bahan mentah dan kurangnya inovasi dalam sektor perusahaan telah menjadikan sesetengah aktiviti ekonomi seperti pertanian mengalami kemerosotan nilai komersial.


Suatu model baharu ekonomi luar bandar telah dirangka bagi membolehkan kelangsungan aktiviti seperti pertanian, penternakan dan sebagainya terus berkembang serta mampu berdaya saing pada abad ke-21. Model baharu ini menuntut semua pihak menjalankan peranan masing-masing, iaitu dengan memupuk semangat muafakat serta cara kerja berinovatif dalam kalangan penduduk. Hal ini dapat dibuktikan dengan melihat kejayaan yang dikecapi oleh kampung pemenang Anugerah Desa Cemerlang dan juga kampung pemenang Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia.


Buku ini berperanan sebagai bahan rujukan yang komprehensif tentang pengurusan sumber aktiviti ekonomi yang akan menjana nilai komersial dan memberi keuntungan jangka masa panjang.

8. Seni Berfikir Kreatif Untuk Bisnes Dan Hidup

Seni Berfikir Kreatif

Pengarang   : Ainon Mohd       

Imprint           : Batu Caves : Publishing House, 2020

Muka surat   : 248

Sinopsis :

Berfikir kreatif tidak bergantung pada keupayaan diri semata-mata.

Mencetuskan idea yang kreatif datang daripada keupayaan diri, kesediaan pasukan, dan penerimaan pelanggan terhadap idea yang bertukar menjadi benar.

Berfikir secara kreatif tidak diberikan penekanan sebagai sesuatu yang mesti dipelajari bagi meningkatkan potensi. Kita dapat melihat, mempelajari proses berfikir ditekankan oleh ibu bapa ke atas bayi melalui latihan rangsangan deria. Cabang berfikir yang tertentu kemudian diasah melalui silibus pendidikan.

Tiba-tiba, proses berfikir tidak ditekankan sebagai cara survival hidup. Situasi yang berlaku, pandai-pandai sendirilah berfikir dan menyelesaikan masalah yang timbul. Sesetengah orang percaya proses berfikir secara kreatif dianggap bakat dan mereka yang terpilih sahaja mampu melakukannya.

Kesannya, ada yang berhenti mencari cara dan membiarkan diri mengikut keadaan semasa.

9. Throwback : Pujuklah Hati 5

Pujuklah Hati

Pengarang   :  Bonda Nor           

Imprint           :  Petaling Jaya : Galeri Ilmu, 2017

Muka surat   :  186  

Sinopsis :

Kata orang …


“Jangan pandang belakang.” Betul tu. Saya setuju! What past is past. Yelah … Buat apa nak fikir tentang perkara yang sudah lepas.  Jalan terus! Fokus masa depan lagi bagus!

Tapi kemudian saya sedar satu perkara. Jika diibaratkan hidup ini seperti memandu kereta, kita tetap memerlukan back mirror dan side mirrors. Untuk apa? Untuk pandang belakang. Untuk kita jeling sesekali. Kadang untuk mengawasi situasi. Kadang sekadar untuk menyedapkan hati.


Demikian hidup ini. Setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita tidak pernah sia-sia. Tetap ada gunanya. Ya … sekalipun perkara itu pernah melukakan hati kita. Sekalipun ia pernah menjebakkan kita dengan dosa. Masih ada yang boleh kita belajar daripadanya! 

10. Seni Bercakap-cakap & Berbual-bual  

Seni Bercakap

Pengarang   : Abdullah Hassan             

Imprint           : Batu Caves : Publishing House,  2019

Muka surat   : 372

Sinopsis :

Ramai orang fasih dan petah bercakap, tetapi semakin banyak mereka bercakap, semakin banyak mereka menyakitkan hati orang yang mendengar percakapan mereka.

Buku ni sangat bermanfaat dan praktikal serta sangat berguna untuk yang bekerja dalam bidang jualan dan sangat istimewa terutamanya untuk suami isteri berkaitan pelbagai tips komunikasi berkesan.

Buku panduan bercakap-cakap dan berbual-bual ini ditulis sebagai inisiatif memenuhi keperluan-keperluan jiwa manusia yang begitu penting dan mendalam.

Apabila kita ingin menjadi orang yang popular, disukai ramai dan disanjung, salah satu kemahiran yang mesti ada pada diri kita ialah kemahiran bercakap-cakap dan berbual-bual dengan orang lain.

Ramai orang yang rezeki mereka bergantung kepada sejauh mana mereka memiliki kemahiran jenis ini. Ahli-ahli politik, jurujual, penghibur, artis-artis filem dan televisyen, pakar-pakar motivasi dan banyak lagi, mereka itu semuanya hidup dengan kemahiran bercakap-cakap dan berbual-bual dengan sesiapa sahaja, di samping mereka juga memiliki kemahiran-kemahiran lain.

Kemahiran berkomunikasi adalah berdasarkan ilmu pengetahuan. Oleh itu, ia mesti dipelajari sebagaimana kita mempelajari ilmu-ilmu pengetahuan lain.