header EN031019

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

 

 

1100 persoalan mengenai sakit puan       

 sakit puan

Pengarang  :  Nik Hazlina Nik Hussain

Imprint  :  Kuala Lumpur :  Dewan Bahasa dan Pustaka , 2015 

Mukasurat : 208 ms 

 

Sinopsis:

Anda mempunyai masalah haid yang berpanjangan atau didatangi haid setahun empat kali sahaja! Anda mempunyai masalah kehamilan, keputihan atau lebih sensitif lagi kedinginan seksual, bacalah buku 100 Persoalan Mengenai Sakit Puan. Buku ini ialah kompilasi soalan dan jawapan ditulis oleh Pakar Sakit Puan, Profesor Dr. Nik Hazlina Nik Hussain berdasarkan kepakaran dan pengalaman luas yang beliau miliki. Tambahan pula, beliau ialah penulis tetap kolum soal jawab kesihatan di akhbar Mingguan Malaysia. Bagi memudahkan golongan wanita membuat rujukan pantas, penerbitan buku dianggap sebagai satu platform penyalur maklumat kesihatan yang bermanfaat. Segala permasalahan kesihatan yang sering dialami dihuraikan dengan terperinci oleh penulis. Semoga wanita yang memiliki dan membaca buku ini sentiasa bermaklumat dan berwaspada dengan kesihatan diri masing-masing kerana "mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubati"

 

2. 101 resipi air tangan Mak Cik Raja

resepi Mak Cik Raja

Pengarang : Noor Suraya  Adnan Salleh    

Imprint  : Kuala Lumpur :  Seashore Publishing , 2018

Mukasurat : 219 ms 

 

Sinopsis:

Memasak makanan Melayu adalah proses membuat keputusan terutama ketika kuah sedang menggelegak di dalam periuk, ataupun lauk sedang garing di dalam kuali.  Itulah sebabnya walaupun menggunakan resipi yang sama, rasanya tetap berbeza jika di masak oleh individu yang berlainan.  Dalam kalangan orang Melayu, inilah yang disebut sebagai air tangan.  Sesungguhnya memasak itu datangnya daripada hati.  Itulah yang akan anda temui dalam buku masakan 101 Air Tangan Mak Cik Raja ini.

Buku masakan yang disertakan dengan langkah demi langkah ini menghimpunkan resipi yang memperkenalkan comfort food yang dipelajari Noor Suraya sewaktu kecil sehinggalah usianya menjangkau lima dekad.  Resipi-resipi tradisi dan kontemporari yang tampak renyah sebenarnya tidak sukar untuk di cuba malah dapat dipelajari dengan mudah melalui buku ini.

Membariskan pelbagai koleksi nasi, lauk-pauk, sos dan sambal, sayur dan kerabu, snek dan juga kuih-muih.  101 Resipi Air Tangan Mak Cik Raja harus dimiliki sebagai bahan rujukan kera memasak iru adalah hasil seni, dan anda bukan sekadar perlu tahu tentang resipinya, tetapi anda juga harus memahami budayanya.

 

3. Buat pes sendiri   

 buat pes sendiri

Pengarang : Suwarsi M. Arukin    

Imprint :  Shah Alam : Grup Buku Karangkraf , 2018

Mukasurat : 115 ms 

 

Sinopsis :

Tahukah anda, membuat pes sendiri lebih jimat dan hasil masakan menjadi enak. Malah, boleh digunakan berbulan-bulan lamanya jika dimasak dan disimpan dengan cara yang betul. Untuk memastikan pes tahan lama, pastikan bahan-bahannya terdiri daripada bahan segar dan masak dengan minyak yang secukupnya. Naskhah ini memaparkan 40 jenis pes yang boleh dihasilkan sendiri di rumah dengan menggunakan bahan-bahan yang senang didapati. Antara pes yang dihasilkan seperti khabsa, asam gerang, cili padi, tomyam, pasta Itali dan macam-macam lagi. Di samping itu, terdapat 10 resipi bonus untuk menghasilkan masakan dengan menggunakan pes tersebut. Jadikan buku ini sebagai teman anda di dapur.

Kekuatan buku:

- Bahan yang digunakan mudah didapati.

- Mempercepatkan proses memasak, bagi semua golongan.

- Pes yang dimasak boleh tahan lama jika disimpan dengan cara yang betul.

- Sesuai untuk yang suka travel. Sangat berbaloi untuk dimiliki.

 

4. Cerita dari hati     

cerita dari hati

Pengarang :  Nazali Noor  

Imprint : Shah Alam  : Grup Buku Krangkarf , 2018 

Mukasurat : 360 ms  

 

Sinopsis :

Tulis daripada hati akan sampai ke hati...

Siapa pun engkau dalam cerita ini,

Baik ibu, ayah, anak, guru mahupun hamba-NYA,

Kau akan temui dirimu dalam setiap cerita...

Bacalah...

 

5. Complete self massage        

complete seld massage

Pengarang : Kristine Kaoverii Weber

Imprint       :  London : Collins & Brown , 2015

Mukasurat : 96 ms  

 

Sinopsis :

Harness the healing powers of self-massage, and you can alleviate daily stresses and minor ailments anywhere, at any time, without aspirin or other medications. Arranged in a handy A to Z directory, and fully illustrated, these 100 safe and simple techniques are drawn from shiatsu, reflexology, Indian head massage, and acupressure. There's a treatment for every part of the body, from the hands and feet to the head, neck, shoulders, and lower back. In just minutes, the exercises help improve clarity of mind; ease computer stiffness; overcome fear and anxiety; stimulate creative energies; calm road rage; or induce a good night's sleep. See how and why each massage works, along with its contraindications and benefits, and discover the natural way to optimum well-being.

 

6. Fiqah kecantikan

Fiqah kecantikan

Pengarang  :  Mohd Izhar Ariff  

Imprint        : Kuala Lumpur : Telaga Biru Sdn Bhd, , 2015

Muka surat :  176 ms 

 

Sinopsis :

Fiqah Kecantikan” adalah sebuah buku mengenai hukum–hakam berhias dan bersolek mengikut panduan Islam. Buku ini bertujuan menyuntik kefahaman dan keyakinan pembaca dalam menentukan imej wanita solehah yang benar-benar mendamaikan hati. “Fiqah Kecantikan” ini juga mampu menarik wanita bagi memilih prinsip imej dan penampilan Muslimah yang bertepatan dengan syariat Islam.

MENGAPA ANDA PERLU MEMILIKI BUKU INI?
- Perbincangan yang santai dan berfakta.
- Hujah dan dalil yang dikemukakan ringkas dan padat serta memudahkan pemahaman.
- Ilustrasi dan grafik yang berwarna penuh mampu menarik perhatian pembaca.
- Sesuai dijadikan bahan usrah, sebagai rujukan dan hadiah buat teman serta ahli keluarga.

 

7. Malaysia the RPGT Handbook

RPGT Handbook

 

Pengarang : Richard Thorton        

Imprint  : Kuala Lumpur : CCH , 2014

Muka surat : 329 ms.

 

Sinopsis :

Malaysia's real property gains tax (RPGT) is somewhat unique in that it is neither a full capital gains tax nor a true short term gains tax. As the title implies, the intention at the inception of the tax was to capture only capital gains from the disposal of real properties, with an emphasis on short term gains. As RPGT has evolved over the years, its scope has widened in some key areas.

 

8. Nama saya Hasmah

Nama Sata Hasmah

Pengarang :  Dr. Siti Hasmah Mohd Ali    

Imprint  : Shah Alam :  Grup Buku Karangkraf , 2018

Muka surat : 280 ms

 

Sinopsis :

1. Diterjemahkan daripada versi Inggeris - My Name Is Hasmah.

2. Menceritakan mengenai rahsia dan kisah-kisah peribadi hidup beliau dari zaman beliau bergelar kanak-kanak, remaja, pelajar, doktor, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sehinggalah gelarannya bertukar menjadi nenek. "Banyak rahsia saya terkandung dalam buku ini, kisah ketika kecil serta kehidupan saya sepanjang sebagai isteri bekas perdana menteri.”

3. Juga menceritakan tip dan nasihat dalam kehidupan seorang yang bergelar wanita.

4. Wanita ini pernah bergelar ‘First Lady Malaysia’ ini. Beliau terkenal dengan sifatnya yang merendah diri, sangat menghormati orang lain, mementingkan institusi kekeluargaan dan jarang sekali mencampuri urusan suaminya sepanjang menjadi Perdana Menteri Malaysia. Zaman kanak-kanak dan remaja beliau cukup berwarna-warni dan hayati bagaimana beliau mengharungi pahit getir kehidupan, berjuang untuk mencari ilmu demi untuk mengejar cita-citanya.

 

9. Nasib Melayu di bumi Melayu  

nasib melayu di bumi melayu

Pengarang :  Mohd Ridhuan Tee Abdullah   

Imprint  : Kuala Lumpur :  Utusan Publications & Distributors , 2010

Muka surat :  192 ms   

 

Sinopsis :

Buku ini adalah sebahagian daripada himpunan tulisan Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah dalam akhbar Mingguan Malaysia dan majalah Al-Islam.  Persoalan utamanya banyak berkisar tentang politik silang budaya, terutama antara Melayu di bumi mereka sendiiri.

Pendedahan secara berani oleh pihak diharapkan tidak menggores hati mana-mana pihak kerana ia tidak dilakukan dengan sengaja, melainkan untuk berkata benar, walaupun kadangkala amat pahit untuk ditelan.

Buku ini sesuai untuk semua peringkat khalayak, termasuk ahli akademik, penuntut IPTA dan IPTS, pelajar sekolah, masyarakat umum dan mereka yang berfikiran terbuka.

 

10. Organizational crisis communication    

Organizational Crisis Communication

Pengarang : Finn Frandsen            

Imprint : Los Angeles :  Sage ,  2017

Muka surat :  256 ms 

 

Sinopsis :

When a crisis breaks out, it’s not always just the organization that reacts - the news media, customers, employees, trade associations, politicians, activist groups, and PR experts may also respond.


This book offers a new and original perspective on crisis communication based on the theory of the Rhetorical Arena and the so-called multivocal approach.  According to this approach, we gain a more dynamic and complex understanding of organizational crises if we focus not only on the communication produced by the organization but also take into account the many other voices who start communicating when a crisis breaks out.

It provides:

  • An in-depth overview of the five key dimensions of organizational crises, crisis management and crisis communication
  • A comprehensive introduction to the theory of the Rhetorical Arena and the multivocal approach to crisis communication, including some of the most important voices inside the arena
  • A series of important international case studies and case examples in each chapter.

Suitable for students studying crisis communication modules on corporate communication, public relations, and management and organization studies courses.

 

Kembali ke Arkib Pengumuman