header EN031019

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

 

 

1. Add pahala delete dosa

Add Pahala Delete Dosa

Pengarang  :  Mohd Razali Kamarudin         

Imprint  :  Petaling Jaya : Geleri Ilmu , 2014 

Mukasurat : 350 ms 

Sinopsis:

Add PAHALA delete DOSA adalah sebuah karya mengenai amalan dan ibadah harian yang ditujukan khas untuk pelajar dan golongan muda. Perkongsian kisah dan tip yang tercatat di dalamnya amat membantu kita, yakni orang muda untuk terus beramal walaupun hanya dengan amalan-amalan kecil sekalipun.


Ia membantu kita untuk mengenal pasti adakah kita orang muda yang begitu bermotivasi dalam melakukan amal ibadah? ATAU adakah kita orang muda yang hanya melakukan amal ibadah secara bermusim ATAU orang muda yang malas melakukan amal ibadah? Tepuk dada tanyalah diri. Jawapannya ada dalam hatimu wahai orang muda.

 

2. Azazil

Azazil

Pengarang : Eqbal Mohaydeen        

Imprint  : Dandar Tun Hussein Onn : Buku Prima , 2019

Mukasurat : 484 ms 

Sinopsis:

~Persengketaan di bumi bermula sejak penderhakaan pertama di langit!~

Bermula Perang Salib, dunia tercampak ke dalam petaka yang dahsyat. Seekor makhluk derhaka lahir dan mencetuskan hura-hara serta kacau bilau. Dunia cuba diheretnya sehingga ke titik kehancuran!

Sehingga pada tahun 2018, Firman dan Izara masih tidak berputus asa mencari Furqan yang dilarikan Azazil. Dalam masa sama, Malaysia digemparkan dengan penemuan mayat wanita hamil dalam keadaan mengerikan. Lambang misteri ditinggalkan di lokasi kejadian. Inspektor Rasyid yakin kes yang berlaku mempunyai kaitan dengan kejadian ngeri pada tahun 2015. Doktor Latifah seorang pakar psikiatri hadir bagi membantu siasatan. Ustaz Yusrizal juga turut muncul untuk menyelamatkan keadaan. Tanpa sedar nyawa mereka menjadi buruan!

“Manusia... selama-lamanya makhluk yang lemah dan terkutuk!” ~ Azazil

“Syaitan selama-lamanya berada dalam kebatilan. ALLAH akan bantu aku memerangi kau Azazil!” ~ Firman

“Demi ALLAH, aku akan balas setiap perbuatan makhluk terkutuk tu! Walaupun nyawa aku bercerai daripada badan!” ~ Inspektor Rasyid

 

3.  Building services handbook  9th ed.

Building Service handbook

Pengarang : Fred Hall    

Imprint :  London :  Routledge , 2017

Mukasurat :  786 ms 

Sinopsis :

The ninth edition of Hall and Greeno's leading textbook has been reviewed and updated in relation to the latest building and water regulations, new technology, and new legislation. For this edition, new updates includes: the reappraisal of CO2 emissions targets, updates to sections on ventilation, fuel, A/C, refrigeration, water supply, electricity and power supply, sprinkler systems, and much more.

Building Services Handbook summarises the application of all common elements of building services practice, technique and procedure, to provide an essential information resource for students as well as practitioners working in building services, building management and the facilities administration and maintenance sectors of the construction industry. Information is presented in the highly illustrated and accessible style of the best-selling companion title Building Construction Handbook.

THE comprehensive reference for all construction and building services students, Building Services Handbook is ideal for a wide range of courses including NVQ and BTEC National through Higher National Certificate and Diploma to Foundation and three-year Degree level. The clear illustrations and complementary references to industry Standards combine essential guidance with a resource base for further reading and development of specific topics.

 

4Dictionary of financial risk management

Dictionary of financial risk mgt

Pengarang :  Gary L. Gastineau      

Imprint : Kuala Lumpur :  Golden Books Centre , 1992

Mukasurat : 255  ms  

Sinopsis :

Gary Gastineau and Mark Kritzman team up once again for the third edition of this classic reference tool designed for financial analysts and managers. Anyone involved in financial risk management must have a proper understanding of the words, terms, and phrases used in this fast paced field-and Dictionary of Financial Risk Management clearly provides that understanding. Risk management terminology is a part of almost any financial operation, including cash, forwards/futures, swaps, options-and is found in many disciplines: probability and statistics, tax and financial accounting, and law. The vocabulary of the risk manager continues to expand with the creation of new products and new concepts. This volume carefully defines and illustrates all the words and phrases that financial professionals need to know and understand. The Dictionary of Financial Risk Management includes listings of common acronyms, profit/loss diagrams of new financial instruments, and extensive coverage of derivatives and quantitative techniques. This invaluable reference guide provides comprehensive definitions of the key terms and concepts that many financial professionals need to know on a day-to-day basis.

 

5. Knowledge management : Theory in practice  

Knowledge MGT

Pengarang :  Peter Massingham      

Imprint       :  Los Angeles : Sage , 2020   

Mukasurat :  497 ms  

Sinopsis :

An overview of what knowledge management is, the theoretical basis behind it, and practical insights into how it can be implemented effectively in a professional setting.Starting with a discussion of how knowledge management has evolved, how it adds value for organisations, and how it's success can be measured. The book then covers best practice and the key activities associated with doing knowledge management, including knowledge strategy, managing knowledge loss and knowledge sharing. Finishing with a discussion of knowledge management’s role in international business and what future developments are expected in the field.

Practical insights are drawn from around the world, with case studies such as how NASA forgot how to send a man to the Moon, Acer: The smiling Asian tiger, and why Saudi Arabia’s experts do not learn from overseas experts.

The book is supported by online resources for lecturers and students, including PowerPoint slides, an instructor’s manual, access to SAGE journal articles, and scorecards for measuring usefulness of knowledge management tools.


Suitable reading for undergraduate and postgraduate business and management students on knowledge management & organizational learning modules.

 

6. Letakkan dunia di tangan, di hati jangan

Letakkan dunia ditangan

Pengarang  :  Lufti Lokman         

Imprint        : Bandar Baru Bangi  :  NuBook Press , 2017

Muka surat :  120 ms 

Sinopsis :

Emak bertanyakan satu soalan kepada saya:

"Pi tahu tak, berapa banyak agaknya Allah ingat pada kita?"

Saya diam menekup muka dengan bantal. Sebenarnya buntu untuk menjawab dan mencari jawapan. Lalu saya bertanyakan kembali, "Berapa banyak ya emak rasa?" Hebat tak jawapan saya?

"Cuba soal diri kamu. Berapa banyak kamu ingat pada Allah?"

Kadang-kadang, Allah nak tegur kita melalui orang yang kita tak sangka. Orang yang kita tak kenal. Dari mana entah datang. Tapi bila kita fikirkan balik, Allah hantarkan dia untuk menegur kita.

Wallahualam.

 

7. Nota ajal seorang mukmin

Nota Ajal seorang mukmin

Pengarang :  Ahmad Dasuki Abd Rani     

Imprint  : Shah Alam :  Grup Buku Krangkraf  , 2019

Muka surat  :  269 ms.

Sinopsis :

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan kematian”.

Benar, sesungguhnya kematian adalah haq, pasti terjadi, tidak dapat disangkal lagi. Walau sehebat mana kehidupan dan pangkat kita di dunia, tiada siapa pun yang dapat hidup kekal selama-lamanya.

Tetapi bagaimana keadaan kita mati? Adakah mati kita itu dalam keadaan yang indah atau penuh dengan kekeliruan? Bagaimana kehidupan kita selepas kematian? Dan mengapa Rasulullah SAW menangis di akhirat kelak? 

Semua persoalan ini akan terjawab di dalam buku "Nota Ajal Seorang Mukmin." Buku ini membicarakan mengenai hakikat kematian, kehidupan kita selepas kematian, keadaan roh, sifat malaikat maut, serta keadaan-keadaan di dalam kubur, fitnah kubur dan seksaannya. 

Semua isu yang terkandung di dalam buku ini disampaikan dengan menggunakan bahasa yang santai dan mudah difahami. Paling penting ia bersumberkan al-Quran dan hadis yang sahih.

 

8. Performance management systems : an experiential approach

Performance MGT

Pengarang : Arup Varma   

Imprint  :  Los Angeles  :  Sage , 2020 

Muka surat : 201 ms

Sinopsis :

An experiential and skills-building approach, exploring the realities and complexities of performance management and encouraging a reflective, adaptable outlook and equipping readers to conduct performance management in the future.

The book presents the theoretical underpinnings and the practical applications of key topics in detail, with practical concepts or skills highlighted in terms of how they fit into the Performance Management system. Learning features include: 

  “Developing PMS Skills” boxes, highlighting a particular skill

  “PMS in Practice” boxes, showcasing real-life examples from around the world

  “Experiential Exercises”, to encourage active learning

A comprehensive suite of free online resources, including PowerPoint Slides, full journal articles, and self-review questions an be found at https://study.sagepub.com/varma

Suitable for Performance Management modules on Human Resource Management, General Management and Organisational Behaviour courses.

 

9. Tangisan di langit ke tujuh

Tangisan dilangit Ke tujuh

Pengarang :  Syafiq Nasri          

Imprint  :  Melaka  :  SNP ,  2018

Muka surat :  252 ms   

Sinopsis :

Raihan, seorang pemuda yang berhadapan dengan pelbagai serpihan ujian kehidupan. Bertemu dengan pelacur Atheisme yang sangat mahir tentang ilmu Islam. Terlibat dengan Hari Semangat Berzina serta sering mengambil jalan pintas untuk bebas daripada masalah dunia.

Aturan yang indah apabila ditemukan dengan sang sahabat bernama Luqhfi yang setia bersamanya dalam keadaan apa sekalipun. Mengajar erti persahabatan yang sebenar dan tidak lagi memberi harapan palsu dalam dimensi hidup. Sedihnya, Luqhfi telah meninggalkan Malaysia secara tiba-tiba. Mengapa? 

Qasehku Yasmeen, seorang kenalan perempuan yang rapat dengan Raihan suatu masa dahulu. Namun ditinggalkan atas alasan dirinya tidak mahu berjanji dengan perkara yang belum pasti.

Satu demi satu kejutan daripada Pencipta telah hadir dalam hidupnya. Teguran makhluk bermata merah telah mengubah kehidupan Raihan sehingga berlaku suatu kejadian luar biasa yang tak disangka.

Raihan terpaksa bertarung dengan sebuah penyakit misteri di mana dia sendiri tidak tahu penyakit apa yang sedang diuji oleh Tuhan, sehingga doktor mengesahkan bahawa hayatnya di dunia hanya berbaki beberapa minggu sahaja.

Raihan memerlukan sebuah “pengorbanan” manusia lain bagi menjamin kelangsungan hidupnya di atas muka bumi ini. Sepanjang dirinya terlantar di hospital, dia sering dikunjungi pemuda yang tak diundang. Siapakah dia sebenarnya?  

 

10. Wanita untuk Qarin

Wanita utk Qarin

 

Pengarang : Aimy Haniya            

Imprint : Bandar Tun Husein On  :  Penulisan  Enterprise ,  2019

Muka surat :  728  ms 

Sinopsis :

Awkward. Aku pun tak tahu kenapa aku rasa janggal sangat nak berdepan dengan Hanis. Sebab apa yang pernah berlaku antara aku dengan dia ke? Atau sebab dia pernah confess pada aku? Takkanlah. Kalau itu sebabnya, bukan sepatutnya Hanis yang berasa janggal? Kenapa aku tengok dia okey aje bergelak ketawa? Kenapa aku pula yang rasa serba tak kena ni? . Duda. Sebab tak terima lamaran Hanis dulu dan kahwin dengan orang lain, sekarang ni gelaran terhormat itu yang aku sandang selepas bercerai dengan Suraya. Malu juga aku tapi aku tak menyesal sebab aku dikurniakan Qaseh, puteri comel buah hatiku. Hidup aku sama seperti orang lain sehinggalah secara kebetulan aku bertemu dengan seorang polis ‘kerek’ sewaktu aku sedang mencari kawan lama aku. . “Radio kereta ni boleh guna tak?” -Qarin . “Nak buat apa guna radio?” -Sofea . “Laaa... Bosan. Senyap sunyi. Tak tahulah kalau kau...” -Qarin . “It’s fine. Dah banyak saya jumpa orang yang kurang adab ni. Biasalah tu. Tak apa, teruskan.” -Sofea . Dia selalu buat aku bengang dan kerana dia, tak pasal-pasal aku terlibat sama dalam menyelesaikan misi mencari mangsa lemas. Dan dalam tak sedar juga, lepas satu kes, satu kes lain pula aku terlibat. Semuanya dengan dia. Dan tak sangka, dia boleh hantar mesej begini kepada aku. Kita dating tengah hari nanti. Kalau dah macam tu, aku rasa perlu untuk aku jalankan misi mencari ‘Wanita Khas Untuk Qarin’ untuk kebaikan Qaseh, anak aku. Hehehe…