header EN031019 

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN INSPEN BIL.2/2022

22 Mac 2022

Perhimpunan Bulanan INSPEN Bil. 2/2022 telah diadakan di Dewan Nusantara, INSPEN.

Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Amran bin Mat Yaacob, Pengarah INSPEN. Dalam ucapannya, beliau mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada kakitangan INSPEN yang akan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2021. Beliau juga merakamkan ucapan selamat menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba kepada warga INSPEN.

Majlis perhimpunan pada kali ini turut menyaksikan beberapa kakitangan yang telah berpindah keluar dari INSPEN,  kakitangan yang baharu sahaja melapor diri di INSPEN serta pegawai yang telah menerima kenaikan pangkat.