header EN031019

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

 

 

Majlis Makan Malam Pra Graduan Sesi Akademik 2019/2020

17 NOVEMBER 2021 - Pusat Akademik INSPEN telah menganjurkan Majlis Makan Malam Pra Graduan yang bertemakan Malam Bangsawan: Memartabatkan Budaya Malaysia yang berlangsung di Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Majlis ini adalah khusus untuk menghargai pelajar cemerlang serta meraikan para graduan Sijil Penilaian Harta Tanah, Sijil Pengurusan Harta Tanah dan Sijil Agensi Harta Tanah yang akan bergraduasi pada 18 November 2021 di Dewan Jubli, INSPEN.

Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Sr A'zmi bin Abdul Latif, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta dengan diiringi oleh Sr Abdul Razak bin Yusak, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Dasar Strategik), Sr Rosni Nawati binti Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Operasi) dan Tuan Haji Amran bin Mat Yaacob, Pengarah INSPEN.