header EN031019

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

 

 

MESYUARAT LEMBAGA PENGELOLA AKADEMIK BIL. 1/2021

12 NOVEMBER 2021 - Mesyuarat Lembaga Pengelola Akademik Bil. 1/2021 yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Sr A'zmi bin Abdul Latif, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta telah dilaksanakan pada 12 hingga 13 November 2021 bertempat di Swiss Garden Beach Resort Kuantan, Pahang.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Sr Abdul Razak bin Yusak, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Harta (Dasar Strategik), Sr Rosni Nawati binti Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Harta (Operasi), Haji Amran bin Mat Yaacob, Pengarah Institut Penilaian Negara (INSPEN), Encik Abdul Rahman bin Mohd Nasir, Ketua Pembangunan, Penyelidikan dan Kepakaran INSPEN serta ahli Lembaga Pengelola Akademik INSPEN.

Mesyuarat membincangkan perkara berkaitan pengelolaan aktiviti Pusat Akademik INSPEN, termasuk kurikulum dan peperiksaan bagi memastikan pembangunan dan pelaksanaan pendidikan di INSPEN selaras dengan dasar Kerajaan.