header EN031019

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

 

 

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (Mou) Antara Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

 

9 NOVEMBER 2021 - Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sr A’zmi Bin Abdul Latif, Ketua Pengarah Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan Malaysia bertempat di Hotel Swiss Garden Beach Resort, Kuantan, Pahang.

Tujuan memorandum persefahaman ini diadakan adalah untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang akademik, penilaian, penyelidikan dan latihan di dalam bidang harta tanah serta meningkatkan profesionalisme baik di pihak Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta mahupun Universiti. Turut hadir sama di dalam majlis ini ialah YBrs. Sr Abdul Razak bin Yusak, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Harta (Dasar Strategik), YBrs. Sr Rosni Nawati binti Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Operasi) dan YBrs. Tuan Haji Amran bin Mat Yaacob, Pengarah Institut Penilaian Negara (INSPEN).