11 Oktober 2023 - Institut Penilaian Negara (INSPEN) telah melaksanakan Mesyuarat Kumpulan Fokus (Focus Group Meeting) Pembangunan Program Harta Tanah INSPEN bagi membincangkan pembentukan program baharu dalam memenuhi keperluan industri bagi bidang pengurusan harta tanah.
Antara agenda mesyuarat termasuklah mengenal pasti laluan pendidikan dan kerjaya program baharu serta mengenal pasti struktur kurikulum dan kursus bagi program ini.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) yang terdiri daripada YBrs. Sr Abdul Razak Yusak, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta, diiringi YBrs. Sr Rosni Nawati Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Operasi) dan YBrs. Sr Haji Mohd Nazri Ahmad Zahari, Timbalan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Dasar Strategik). Turut hadir ialah YBrs. Sr Aina Edayu Ahmad selaku Pengarah INSPEN.
Mesyuarat ini turut dibarisi para pakar dalam bidang pengurusan harta tanah di Malaysia iaitu daripada kalangan Ahli Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEPH), Pengerusi Badan Profesional iaitu Malaysian Institute of Property and Facility Manager (MIPFM), Royal Institute of Surveyors Malaysia (RISM), Malaysia Shopping Mall Association (PPK) serta beberapa Pengarah Urusan Syarikat Pengurusan Harta Tanah. Wakil daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) turut hadir dalam mesyuarat tersebut.
{gallery}INSPEN/Berita 2023/FGM{/gallery}