header EN031019

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

 

 

Majlis Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta ke-15 bersama Warga INSPEN

YBrs. Sr Haji Mohd Khairudin Abd Halim (Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta) telah sudi meluangkan masa untuk hadir ke Majlis Bersama Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta 2020 yang telah diadakan di Dewan Nusantara INSPEN semalam.

Kehadiran beliau telah disambut oleh YBrs. Sr Haji Mohd Nazri Ahmad Zahari (Pengarah INSPEN), barisan pengurusan serta seluruh warga INSPEN.

Majlis tahunan ini menyediakan ruang kepada Ketua Pengarah Penilaian & Perkhidmatan Harta untuk menyampaikan amanat dan juga peluang beramah mesra bersama warga INSPEN.

Dikesempatan itu juga, YBrs. Sr Haji Mohd Khairudin turut sudi melancarkan buku baharu terbitan Pusat Penyelidikan dan Inovasi INSPEN.

Beliau juga telah turut dibawa melawat ke tapak projek bangunan penginapan baharu INSPEN yang sedang dibina dan telah diberi taklimat oleh penyelia projek dari JKR Sepang.