header EN031019

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

 

 

PARA PELAJAR PUSAT AKADEMIK SERTAI PROGRAM TANAM 1000 POKOK BAKAU

26 September 2020

Para pelajar serta tenaga pengajar Pusat Akademik INSPEN telah menjayakan Program Tanam 1000 Pokok Bakau di Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang, Telok Panglima Garang pagi tadi.

Program tersebut diadakan bersempena Sambutan Hari Sungai Sedunia 2020 Peringkat Negeri Selangor dan Pelancaran Inisiatif Friends Of River (FOR) Negeri Selangor yang telah dilancarkan secara rasminya oleh YAB Dato Menteri Besar Selangor hari ini di 30 batang sungai seluruh negeri Selangor.

Program ini dapat memberikan peluang kepada para pelajar INSPEN untuk melibatkan diri dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan yang diharap dapat memupuk kesedaran dan kepentingan dalam menjaga kelestarian alam sekitar.