Page 9 - Buku Program Latihan INSPEN 2019
P. 9

PRAKATA PENGARAH INSPEN




          Assalamualaikum W.B.T.



          Perancangan kursus bagi tahun 2019 telah dibuat dengan teliti iaitu mengambil
          kira  keperluan  staf  JPPH  khususnya  dan  penggiat  dalam  industri  harta  tanah
          di Malaysia amnya. Program latihan ini telah dirumus berdasarkan  maklumat
          yang diperoleh  daripada  Analisa Keperluan Latihan (Training  Needs  Analysis)
          staf  di  JPPH.  Perancangan  turut  mengambil  kira  Pelan  Operasi  Latihan  (POL)
          Jabatan, laporan keberkesanan latihan terdahulu serta pandangan daripada Pihak
          Pengurusan JPPH dan Panel Kurikulum di peringkat jabatan. Berdasarkan semua
          proses ini, membuktikan bahawa INSPEN  fokus  dalam merancang program
          latihan tahun 2019 selaras dengan keperluan JPPH yang semakin mencabar dan
          berdaya saing.


          Adalah menjadi harapan saya semua program dan aktiviti latihan yang dirancang
          akan dapat membantu pihak pengurusan tertinggi dalam melahirkan warga kerja
          yang kompeten dan dinamik. Penyertaan dan sokongan padu khususnya daripada
          semua warga JPPH amat dialu-alukan supaya dapat memberi impak positif dalam
          pembangunan diri, kerjaya, organisasi dan negara untuk kekal sebagai peneraju
          dalam bidang harta tanah.

          Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak
          yang terlibat dalam memberi  sumbangan  serta sokongan  ke atas kejayaan
          program dan aktiviti latihan INSPEN.

          Terima kasih.



          Pengarah
          Institut Penilaian Negara
          Disember 2018












                                                Prog ram L at i han INSPEN 2019              3
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14