Page 11 - Buku Program Latihan INSPEN 2019
P. 11

INFORMASI PUSAT PEMBANGUNAN PROFESIONAL




          INSPEN merupakan sebuah institusi yang mengendalikan latihan dalam
          perkhidmatan. INSPEN merupakan satu-satunya pusat latihan yang menawarkan
          latihan di dalam bidang penilaian dan perkhidmatan harta di Malaysia. Latihan
          ditawarkan kepada semua pihak yang terlibat di dalam bidang penilaian  dan
          perkhidmatan harta, sama ada dari sektor awam mahupun swasta.


          Pada 2 November 2001, Pusat Pembangunan Profesional (dahulu dikenali sebagai
          Bahagian  Latihan) telah mendapat pengiktirafan  oleh Malaysia International
          Organisation for Standardisation daripada SIRIM Berhad untuk pensijilan MS ISO
          9001:2000 dan telah dikemaskini kepada MS ISO 9001:2008 pada 2 November
          2010.  Bagi  meneruskan  pensijilan  ISO  yang  terkini,  Pusat  Pembangunan
          Profesionalisme  telah  berjaya  mendapat  pensijilan  MS  ISO  9001:2015  iaitu
          bermula pada 29 November 2018.




          Dasar Kualiti Pusat Pembangunan Profesional
          INSPEN akan  memberi  perkhidmatan  latihan  yang  berkualiti,  sesuai  dengan
          kehendak  pelanggan,  dan menepati keperluan  industri harta tanah dengan
          memberi penekanan kepada usaha penambahbaikan yang berterusan.



          Objektif Kualiti Pusat Pembangunan Profesional
             »  Mengendalikan semua Program Latihan yang dirancang setiap tahun;
             »  Mengedar Program Latihan Tahunan kepada pelanggan sebelum 31 Disember
              tahun sebelumnya;
             »  Memastikan purata pencapaian objektif setiap program  latihan mencapai
              sekurang-kurangnya 80%; dan
             »  Memastikan purata pencapaian prestasi pensyarah  mencapai  sekurang-
              kurangnya 75%














                                                Prog ram L at i han INSPEN 2019              5
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16