Salam Sejahtera dan selamat bertemu.
 |
Sejak penubuhannya dua dekad yang lalu, Institut Penilaian Negara atau INSPEN terus berusaha ke arah membina organisasi berilmu melalui perancangan program-program latihan, penyelidikan, perundingan dan pendidikan dalam bidang harta tanah sesuai dengan kehendak dan keperluan semasa khususnya jabatan dan industri amnya. Berteraskan Misi Nasional yang diletakkan oleh YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia di Dewan Rakyat pada 31 Mac 2006 semasa membentangkan usul Rancangan Malaysia Ke Sembilan (2006 – 2010), INSPEN akan terus memainkan peranannya dalam membangunkan modal insan berminda kelas pertama, sejajar dengan usaha Negara membina keupayaan untuk bersaing di peringkat global.
Perancangan Lima Tahun INSPEN menggariskan tiga strategi utama untuk melahirkan modal insan berminda kelas pertama. Yang pertama ialah dengan meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran; Kedua dengan memperkukuhkan keupayaan R&D dan inovasi; dan, ketiga memupuk warga kerja yang berbudaya dengan kekuatan moral.
Dengan itu, saya amat berharap portal ini dapat memberi maklumat kepada umum berhubung dengan peranan dan sumbangan INSPEN sebagai institusi perkhidmatan awam dalam bidang latihan dan penyelidikan yang dinamik, cemerlang dan terbilang dalam industri harta tanah, bukan setakat dalam negara malah di peringkat antarabangsa juga.
Akhir sekali, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung portal ini dengan harapan supaya maklumbalas diberi berterusan bagi memperkemaskan penyampaian perkhidmatan yang terbilang kepada semua.
Terima kasih.
Faridah bt Mohammed Pengarah Institut Penilaian Negara Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.
Tel. (Pejabat) : 03-89247001 Email : pengarah@inspen.gov.my |