c) Permohonan hendaklah menggunakan borang yang telah ditetapkan. Borang permohonan secara manual boleh diperolehi daripada Ketua Jabatan Masing-masing, Unit Peperiksaan, Institut Penilaian Negara (INSPEN) dan laman web
www.inspen.gov.my. Borang yang disalin boleh digunakan.
d) Permohonan secara online digalakkan melalui laman web www.inspen.gov.my
e) Permohonan yang lengkap dengan sokongan atau pengesahan Ketua Jabatan boleh dihantar kepada :
Unit Peperiksaan
Institut Penilaian Negara
Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta
No. 5, Persiaran Institusi Bangi
43000 KAJANG
f) Calon yang mendapat pengecualian subjek daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hendaklah menyertakan salinan surat tersebut bersama pemohon sebagai bukti.
g) Bagi peperiksaan yang tidak dinyatakan di dalam Jadual Peperiksaan tetapi perlu diambil mengikut Skim Perkhidmatan, calon hendaklah mengemukakan permohonan awal untuk tindakan Unit Peperiksaan. Tarikh peperiksaan akan ditetapkan kemudian.
h) Calon yang tidak memohon tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.
2.0 Sukatan Peperiksaan
Sukatan Peperiksaan boleh diperolehi daripada Ketua Jabatan masing-masing, Unit Peperiksaan, Institut Penilaian Negara (INSPEN) dan Laman web www.inspen.gov.my
3.0 Bagi Calon Daripada Penguasan Tempatan Dan Badan Berkanun
a) Akan dikenakan bayaran mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 2004
b) Sebarang pembatalan daripada menghadiri peperiksaan hendaklah dimaklumkan kepada Unit Peperiksaan melalui:
No. Tel : 03-89259377 samb. 7013
atau
No. Faks : 03-89258100
sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh peperiksaan disusuli surat pembatalan. Jika tidak, bayaran peperiksaan tetap akan dikenakan.