Menu
PROFIL INSPEN:: KHIDMAT INSPEN:: ONLINE INSPEN:: PEKELILING:: HUBUNGI INSPEN:: PAUTAN WEB::
Portal Staf

Portal Pelajar

baru lazim
 

SOALAN-SOALAN LAZIM BERKAITAN
PROGRAM PENGAJIAN SIJIL PENILAIAN HARTA TANAH (SPHT)
INSTITUT PENILAIAN NEGARA (INSPEN)
JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA



A. LOKASI INSPEN


Soalan   
: Di manakah letaknya INSPEN?
 Jawapan        : INSPEN terletak di kawasan Institusi Bangi yang menempatkan beberapa pusat latihan dan penyelidikan pelbagai organisasi. Alamat INSPEN adalah seperti berikut:-


Institut Penilaian Negara (INSPEN)
Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta
Kementerian Kewangan Malaysia
No. 5, Persiaran Institusi Bangi
43000 Kajang, Selangor

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Prospektus Sijil Penilaian Harta Tanah





 
 

    
                          B. PROGRAM LATIHAN YANG DITAWARKAN DAN SYARAT KEMASUKAN

Soalan     :  Apakah program-program pengajian yang ditawarkan di INSPEN?
Jawapan  :  Buat masa ini, hanya satu program pengajian sahaja yang ditawarkan iaitu Sijil Penilaian Harta Tanah.
Walau bagaimanapun, beberapa program pengajian sijil yang lain akan ditawarkan dari semasa ke semasa.

Soalan    : Bagaimanakah untuk mengetahui tentang iklan kemasukan ke program pengajian di INSPEN?
Jawapan  : Iklan kemasukan ke program pengajian di INSPEN akan disiarkan di dalam akhbar-akhbar utama tempatan sekitar bulan Jun/Julai setiap tahun.
Calon-calon yang berminat dinasihatkan untuk melayari laman web INSPEN dari semasa ke semasa untuk maklumat lanjut.

Soalan   : Bilakah pengambilan pelajar ke program pengajian sijil ini dilakukan?
Jawapan:Pengambilan pelajar ke program pengajian sijil ini dilakukan pada bulan September dan hanya dilakukan sekali setahun

Soalan   :  Apakah kelayakan minimum akademik yang diperlukan untuk memasuki program pengajian sijil ini?
Jawapan :  i. Warganegara Malaysia berumur di  antara 17 hingga 21 tahun pada          tarikh tutup permohonan.
                 ii. Lulus SPM/SPM(V) atau setaraf dengan kelayakan minimum seperti       berikut:- 

                 a. Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia;
                 b. Kepujian dalam mata pelajaran Matematik atau Matematik         Tambahan;
                 c. Kepujian dalam mana-mana satu mata pelajaran Sains/Prinsip     Akaun/Perdagangan atau mana-mana satu mata pelajaran lain; dan
                 d. Lulus dalam dua (2) mata pelajaran lain, termasuk Bahasa Inggeris.


                 C.    STRUKTUR PENGAJIAN SIJIL PENILAIAN HARTA TANAH INSPEN

Soalan    :   Berapa lamakah tempoh pengajian bagi program sijil ini?
Jawapan  :  Tempoh pengajian bagi program sijil ini ialah dua (2) tahun yang merangkumi lima (5) semester, termasuk satu (1) semester latihan industri.

Soalan    :   Berapakah yuran pengajian yang dikenakan untuk setiap semester?
Jawapan :   Pelajar hanya perlu membayar sebanyak RM365.00 setiap semester iaitu untuk semester 1,2 3 dan 5. Semester empat (4) tiada yuran pengajian kerana latihan industri dijalankan.
Dengan ini, jumlah keseluruhan yuran pengajian untuk dua (2) tahun ialah RM1,460.00.

Soalan    :    Berapakah pula yuran pendaftaran yang dikenakan?
Jawapan  :   Yuran pendaftaran yang dikenakan ialah sebanyak RM300.00. Jumlah ini tidak termasuk yuran pengajian pada semester satu (1) sebanyak RM 365.00.
Dengan ini, jumlah keseluruhan yang perlu dibayar pada semester satu (1) ialah RM665.00 (iaitu RM300.00 yuran pendaftaran + RM365.00 yuran pengajian).

Soalan    :   Apakah bahasa pengantar yang digunakan di INSPEN?
Jawapan  :  Bahasa pengantar yang digunakan di INSPEN ialah Bahasa Inggeris. Tertakluk pada keadaan, sesi kuliah akan dijalankan secara dwi bahasa (gabungan Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia).
Walau bagaimanapun, subjek Bahasa Inggeris akan diajar bagi membantu pelajar menguasainya.

                          D. PENGIKTIRAFAN PROGRAM PENGAJIAN

Soalan   :  Adakah program sijil ini mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan?
Jawapan :  Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT) telah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai setaraf dengan Sijil dari Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Pengiktirafan ini membolehkan graduan sijil dari INSPEN ini dilantik ke jawatan-jawatan yang bersesuaian dalam Perkhidmatan Awam Malaysia.

Soalan   :  Bagaimana pula pengiktirafan daripada IPTA?
Jawapan :  Sijil Penilaian Harta Tanah turut mendapat pengiktirafan daripada UTM dan UiTM yang membolehkan graduan INPEN meneruskan pengajian ke Diploma Pengurusan Harta Tanah dengan menikmati pengecualian kredit.

Soalan   :  Adakah program sijil ini mendapat sokongan daripada pihak Industri ?
Jawapan :  Ya. Program pengajian ini telah mendapat sokongan daripada Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah serta Lembaga Juruukur Malaysia selaku badan-badan profesional yang memantau industri harta tanah di negara ini.

                           E . PERKEMBANGAN PENGAJIAN DAN KERJAYA

Soalan    :  Ke manakah hala tuju pelajar selepas tamat pengajian di INSPEN?
Jawapan  :  Pelajar mempunyai pilihan sama ada untuk melanjutkan pengajian ke IPTA ataupun menceburi bidang pekerjaan.
Perkembangan pengajian ke IPTA:-

i. Melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma Pengurusan Harta Tanah di          Universiti Teknologi Malaysia (UTM); atau
ii. Melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma Pengurusan Harta Tanah di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Perkembangan kerjaya:-
i. Bekerja dengan mana-mana jabatan/agensi kerajaan; atau
ii. Bekerja dengan firma swasta yang menawarkan pekerjaan dalam bidang harta tanah.

Soalan    :  Adakah pelajar mendapat pertimbangan istimewa apabila memohon ke IPTA untuk melanjutkan pengajian?
Jawapan :  Ya. UTM dan UiTM telah memberikan pengecualian kredit 2 semester pengajian bagi graduan INSPEN yang memohon untuk melanjutkan pengajian ke Diploma Pengurusan Harta Tanah.
Walau bagaimanapun, keistimewaan perpindahan kredit ini adalah bersyarat, iaitu pelajar perlu tamat pengajian di INSPEN dengan pencapaian Purata Mata Nilai Himpunan (CPA) tidak kurang daripada 3.00.

Soalan  :  Adakah pelajar akan terus ditawarkan berkhidmat dengan jabatan/agensi kerajaan dan firma swasta selepas tamat pengajian?
Jawapan : Bergantung pada keadaan semasa dan keputusan temu duga yang dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), agensi-agensi kerajaan dan firma-firma swasta yang terlibat.
Dengan pengiktirafan JPA, pelajar boleh memohon untuk bekerja dengan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Dewan Bandar Raya/Majlis Perbandaran/Majlis Daerah, Pejabat Tanah Dan Galian dan agensi-agensi kerajaan yang lain.

Setakat ini, graduan-graduan INSPEN telah berkhidmat di JPPH, Majlis Perbandaran/Daerah, Pejabat Tanah Dan Galian serta firma penilaian swasta seperti KGV Lambert Smith Hampton (PG), Henry Butcher Malaysia, JB Jurunilai Bersekutu, Colliers, Jordan Lee & Jaafar (JH).

Soalan    :   Bagaimanakah untuk mendapatkan borang permohonan dan memohon masuk ke program pengajian?
Jawapan  :   Borang permohonan hanya boleh didapati dan dilakukan secara atas talian (online) di alamat http://www.inspen.gov.my

Soalan    :   Adakah pemohon perlu melalui proses termu duga untuk mengikuti pengajian di INSPEN?
Jawapan  :  Tidak


Soalan   :   Bolehkah calon melakukan pembetulan terhadap borang permohonan online?
Jawapan :   Pemohon yang telah membuat permohonan melalui online boleh membuat pembetulan pada maklumat di dalam borang permohonan selagi ia belum dimuktamadkan atau sebelum tarikh tutup permohonan. Sebarang pembetulan hendaklah disemak terlebih dahulu bagi memastikan data pemohon telah dikemas kini.

Soalan     :   Apakah yang dimaksudkan sebagai permohonan muktamad?
Jawapan  :    Permohonan muktamad bermaksud semua maklumat di dalam permohonan yang telah diisi adalah lengkap, betul dan sedia untuk diproses. Pemohon juga tidak dibenarkan menukar sebarang maklumat yang terdapat pada borang permohonan.

Soalan    :   Apakah yang harus dilakukan oleh calon sekiranya didapati ada kesilapan maklumat dalam borang permohonan online yang telah dimuktamadkan?
Jawapan  :   Adalah ditegaskan bahawa sebarang pembetulan tidak boleh dilakukan lagi sekiranya terdapat kesilapan maklumat dalam borang permohonan online yang telah dimuktamadkan. Dalam keadaan ini, pemohon dinasihatkan untuk menghubungi terus Pusat Akademik INSPEN untuk tindakan lanjut.

Soalan    :    Berapa lamakah masa untuk calon menjawab Surat Tawaran daripada INSPEN?
Jawapan  :   Surat Tawaran hendaklah dijawab sebelum tarikh yang ditetapkan di dalam surat tawaran. Kegagalan melakukan demikian akan menyebabkan tawaran di tarik balik.

Soalan    :   Bagaimanakah untuk mengetahui sama ada permohonan untuk mengikuti pengajian ini berjaya atau tidak?
Jawapan : Calon yang memohon akan diberitahu melalui Surat Tawaran daripada INSPEN. Permohonan adalah dianggap tidak berjaya jika calon tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tutup permohonan.

 

Soalan   :   Berapakah yuran pemprosesan permohonan dan bagaimana bayaran harus dilakukan?
 Jawapan  :  Yuran pemprosesan permohonan ialah sebanyak RM10.00. Bayaran boleh dibuat dengan menggunakan wang pos/bank draf/kiriman wang atas nama Pengarah INSPEN. Bayaran secara tunai tidak diterima. Permohonan tidak akan diproses sekiranya calon tidak menyertakan bayaran ini

                  G. KEMUDAHAN ASRAMA, PEMBELAJARAN DAN LAIN-LAIN

Soalan     :  Adakah INSPEN menyediakan kemudahan asrama?
Jawapan  :   Ya. INSPEN menyediakan kemudahan asrama termasuk kemudahan pengangkutan tanpa dikenakan apa-apa bayaran.

Soalan    :  Adakah pelajar dikenakan bayaran untuk kemudahan air, elektrik dan sewaan asrama?
Jawapan  : Tidak. INSPEN akan membayar semua bil-bil berkaitan kemudahan air, elektrik dan sewaan asrama.

Soalan    :   Apakah kemudahan-kemudahan pembelajaran yang disediakan oleh INSPEN?
Jawapan  :   Kemudahan-kemudahan pembelajaran yang disediakan adalah seperti berikut:-

• Dewan/Bilik Kuliah
• Makmal Bahasa
• Makmal Komputer
• Studio Lukisan
• Perpustakaan
• Kawasan Membaca

Soalan    :   Bagaimana pula dengan kemudahan-kemudahan lain?
Jawapan  :   Kemudahan-kemudahan lain yang disediakan termasuklah:-

• Kemudahan Sukan
   a. Padang Bola Sepak
   b. Gelanggang Futsal
   c. Gimnasium
   d. Gelanggang Tenis
   e. Gelanggang Bola Jaring
   f.  Gelanggang Bola Tampar
• Kafeteria
• Surau

Soalan    :  Adakah INSPEN menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar?
Jawapan  :  INSPEN tidak menyediakan apa-apa bantuan kewangan kepada pelajar.

SOALAN  :  Adakah pelajar boleh memohon biasiswa ataupun pinjaman melalui PTPTN atau MARA?

Jawapan  :  PTPTN dan MARA tidak memberi kemudahan pinjaman kepada pelajar. Setakat ini hanya Yayasan Pelajaran Johor, Yayasan Pahang, Yayasan Terengganu dan Yayasan Sabah sahaja yang menyediakan pembiayaan pengajian dalam bentuk pinjaman pelajar INSPEN. Walau bagaimanapun, pegawai yang berpengalaman sedia untuk membantu pelajar memohon pelbagai jenis pinjaman seperti pinjaman pelajaran, pinjaman bersyarat (convertible loan) dan biasiswa daripada institusi kewangan, yayasan negeri dan lain-lain.

Comments
No Comments have been Posted.
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

No Ratings have been Posted.
Terkini

Buku-Buku Terbaru Di INSPEN(Julai/2009)

  • Sila klik Senarai Buku
  • Bengkel Pengumpulan dan Pemasukan data NAPIC (Zon Utara) 3-6 Ogos 2009(4 hari)

  • Sila klik brosur
  • Kursus Asas Penilaian Bagi Pembantu Penilaian Gred W17 Modul 2: Pengenalan Kepada Kaedah Penilaian dan Pengumpulam Data : 31 Julai - 5 Ogos 2009 ( 4 hari)

  • Sila klik brosur
  • Kursus CPD ( CHALLENGES IN PROPERTY MANAGEMENT )yang dianjurkan oleh Penilaisama dengan kerjsama KESUPEN pada : 28 Julai 2009 (1 hari)

  • Sila klik brosur
  • Kursus Asimilasi INSPEN 20-23 Julai 2009 ( 4 hari) dipinda kepada 16- 19 November 2009

  • Sila klik brosur
  • Kursus Analisis Kualitatif : 20 -23 Julai 09 (4 hari) dipinda kepada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian

  • Sila klik brosur
  • Kursus CPD :Akta Bangunan dan Harta Bersama ( Penyenggaraaan dan Pengurusan ) 2009 (Akta 663) 3 - 4 ogos 09 ( 2 hari ) dipinda kepada 7 - 8/12/2009)

  • Sila klik brosur
  • eGroupware INSPEN

    Carian Google

       


    Tender/Sebutharga
    Iklan Sebutharga SH/09/2009

    Log Masuk
    ID Pengguna

    Kata Laluan



    Terlupa Kata Laluan?
    Dapatkan kata laluan baru di sini.
    Perpustakaan Online
    Taylor & Francis
    Journal Real Estate Research
    LawNet
    Collection Consist Of Cases

    MyLib
    NSTP e-media
    Resolusi paparan 1024x768
    Hak Cipta Terpelihara © 2006 - 2008 Institut Penilaian Negara