|
PELANGGAN
Pelanggan utama INSPEN adalah terdiri daripada Staf JPPH. Walau bagaimanapun, INSPEN turut melatih para peserta daripada agensi-agensi lain yang berkaitan dalam industri harta seperti Kerajaan Persekututan, Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan, Badan-Badan Berkanun dan Swasta.
PIAGAM PELANGGAN
- Pusat Latihan
- Menjalankan semua Program Latihan yang dirancang setiap tahun.
- Mengedar Program Latihan Tahunan kepada pelanggan sebelum 31 Disember setiap tahun dan akan dipercepatkan seboleh mungkin.
- Pusat Penyelidikan
- Menghasilkan semua bahan penyelidikan yang dirancang sebelum 31 Disember setiap tahun.
- Akademik
- Membekalkan tenaga kerja separa profesional kepada industri harta tanah setiap tahun.
- Membekal pelajar yang telah melalui pendidikan formal peringkat sijil dalam bidang harta tanah kepada institusi pengajian tinggi setiap tahun.
- Perkhidmatan Sokongan
- Unit Pentadbiran, Kewangan dan Sumber Manusia
- Memastikan peruntukan perbelanjaan tahun semasa di belanjakan dan diselesaikan pada tahun yang sama.
- Melaksanakan perolehan mengikut arahan dan pekeliling terkini yang ditetapkan.
- Menyediakan baucar bayaran bagi bil-bil dan tuntutan yang lengkap dalam masa 14 hari dari tarikh penerimaan.
- Melaksanakan pengurusan hasil mengikut arahan dan pekeliling terkini yang ditetapkan.
- Menyediakan perkhidmatan pentadbiran dan pengurusan sumber manusia mengikut arahan dan pekeliling yang ditetapkan.
- Unit Khidmat IT
- Mengambil tindakan terhadap aduan dalam tempoh 30 minit selepas menerima laporan.
- Unit Pengurusan Harta
- Memastikan fasiliti latihan adalah sempurna untuk kegunaan dan tersedia sehari sebelum digunakan.
- Memastikan kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan.
- Mengambil tindakan ke atas aduan kerosakan fasiliti dalam tempoh 24 jam.
- Unit Korporat dan Perhubungan
- Setiap pengaduan awam akan diberi maklumbalas kepada pengadu dalam tempoh 14 hari waktu bekerja.
- Unit Penerbitan dan Media
- Menyediakan perkhidmatan bahan-bahan percetakan, alat bantuan mengajar, rakaman video dan fotografi siap disediakn pada masa dan tarikh yang telah ditentukan.
- Unit Pengurusan Domestik
- Menyediakan makanan yang berkualiti tepat pada waktu yang ditetapkan.
- Mempastikan dewan makan dalam kedaan kemas dan bersih setiap waktu makan.
- Menyediakan kemudahan asrama yang lengkap sehari sebelum digunakan.
- Perpustakaan
- Memastikan perkhidmatan perpustakaan dibuka pada masa yang telah ditetapkan.
- Memastikan pertanyaan rujukan diberi maklumbalas dalam masa satu (1) hari bekerja.
- Mengunakan kemudahan teknologi maklumat dalam memberi perkhidmatan yang cepat dan berkesan.
SISTEM PEMULIHAN PERKHIDMATAN
Sekiranya piagam pelanggan INSPEN tidak ditepati maka cara pemulihannya adalah seperti berikut :-
- Pemulihan Secara Reaktif
- Latihan
Pengantian sebarang pembatalan kursus terjadual dengan kursus lain dalam tahun yang sama.
- Penyelidikan
Menyiapkan hasil penyelidikan sebelum 15 Januari tahun berikutnya.
- Perkhidmatan Sokongan
Menyedikan perkhidmatan sokongan dan kemudahan latihan alternatif dalam tempoh 12 jam sebelum digunakan.
- Pemulihan Secara Positif
- Pelanggan akan dimaklumkan terlebih dahulu sekiranya terdapat masalah dalam sebarang perkhidmatan yang disediakan iaitu kekurangan peserta, ketiadaan pensyarah, kekurangan bahan penyelidikan dan data penting serta kerosakan teknikal.
- Pelanggan juga akan diberitahu tarikh /masa perkhidmatan itu dapat disediakan / disiapkan.
|