Small Size Large Size
SOALAN LAZIM | PETA LAMAN | HUBUNGI KAMI




Apakah fungsi utama INSPEN ?
Antara fungsi utama INSPEN adalah :-

  • INSPEN menjalankan latihan dalam perkhidmatan
  • Menjalankan penyelidikan dan penerbitan yang berkaitan industri harta tanah
  • Menjalankan khidmat perundingan dan pembangunan produk bagi meningkatkan daya saing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
  • Menjalankan program pendidikan tinggi yang memberi penekanan kepada kehendak industri harta tanah
  • sebagai penyelaras kepada dana penyelidikan harta tanah negara
  • sebagai pusat sumber rujukan khusus dalam bidang harta tanah

Apakah latihan dan kursus yang ditawarkan oleh INSPEN?

INSPEN menjalankan latihan atau kursus kepada semua kakitangan yang sedang dalam perkhidmatan.

Apakah produk yang dibangunkan oleh INSPEN?

Sehingga kini terdapat dua produk yang sedang dibangunkan oleh INSPEN iaitu Jurulatih dan Pakej Latihan yang mana ia bertujuan untuk memberi persediaan kepada staf dalam menjalankan tugas dengan lebih berkesan

Apakah program akademik yang ditawarkan oleh INSPEN?

INSPEN menawarkan dua program peringkat sijil iaitu Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT)
dan Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT) selama 5 semester (2 tahun)

Adakah kursus dan latihan dalam perkhidmatan di INSPEN terbuka kepada orang awam?

Tidak. INSPEN hanya menawarkan kursus dan latihan dalam perkhidmatan kepada warga Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dan juga kepada bukan warga JPPH yang terlibat dalam bidang penilaian dan perkhidmatan harta sama ada dari sektor awam mahupun swasta.

Bagaimanakah untuk mendapatkan jadual kursus atau latihan di INSPEN?

Biasanya INSPEN akan menghantar buku program di awal tahun kepada para pelanggan kami atau anda boleh terus melayari laman web inspen di Bahagian Latihan untuk mendapatkan jadual kursus dan borang permohonan kursus.

Berapa lamakah tempoh pengajian bagi kursus ini?
Tempoh pengajian kursus sijil ini adalah 2 tahun ( 5 semester termasuk 1 semester latihan industri).

Berapa yuran pengajian untuk satu semester?
Setiap semester pelajar hanya membayar rm365.00 sahaja. Jumlah keseluruhan untuk 2 tahun adalah rm1460.00 sahaja.

Adakah inspen menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar?
Inspen tidak menyediakan apa-apa bantuan kewangan kepada pelajar.

Adakah pelajar boleh memohon biasiswa ataupun pinjaman melalui PTPTN atau MARA?
Ptptn tidak memberi kemudahan pinjaman kepada pelajar. Setakat ini hanya yayasan pahang dan yayasan johor sahaja yang menyediakan pembiayaan tersebut. Walaubagaimanapun, pegawai yang berpengalaman sedia untuk membantu pelajar memohon pelbagai jenis pinjaman seperti pinjaman pelajaran, pinjaman bersyarat (convertible loan) dan biasiswa daripada institusi kewangan, yayasan negeri dan lain-lain.

Adakah inspen menyediakan kemudahan asrama?
Inspen menyediakan kemudahan asrama termasuk kemudahan pengangkutan tanpa dikenakan apa-apa bayaran.

Ke manakah halatuju pelajar selepas tamat pengajian?
Pelajar mempunyai 3 pilihan iaitu;
1. Boleh memilih untuk melanjutkan pelajaran ke mana-mana institut pengajian tinggi tempatan yang menawarkan kursus lanjutan bagi kursus tersebut.
2. Bekerja dengan mana-mana jabatan kerajaan
3. Syarikat swasta yang menawarkan pekerjaan dalam bidang ini.

Adakah sijil ini mendapat pengiktirafan dari kerajaan?
Kursus ini telahpun mendapat pengiktirafan daripada jawatankuasa tetap penilaian dan pengiktirafan kelayakan (jtppic) dan jabatan perkhidmatan awam (jpa) ini meletakkan sijil ini setaraf dengan politeknik kerajaan di bawah kementerian pengajian tinggi malaysia. Selain itu, kursus ini juga turut mendapat sokongan daripada lembaga penilai pentaksir dan ejen harta tanah selaku badan professional yang memantau profesion harta tanah di negara ini.

Adakah pelajar mendapat pertimbangan istimewa apabila memohon ke ipta untuk melanjutkan pelajaran?
Inspen sedang mengusahakan pindahan kredit dan/atau pengecualian dari tahun pertama pengajian bagi kursus diploma pengurusan harta tanah di uitm dan utm. Paras masuk akan ditentukan oleh pihak universiti bergantung kepada kelayakan pelajar.

Adakah selepas tamat pengajian, pelajar akan berkhidmat terus dengan jabatan kerajaan?
Bergantung kepada keadaan semasa dan keputusan temuduga(jika ada). Dengan pengiktirafan jpa, pelajar boleh memohon untuk bekerja dengan jab. Penilaian & perkhidmatan harta, pihak berkuasa tempatan jabatan-jabatan dan agensi kerajaan ke (contoh : majlis perbandaran & majlis daerah).

Apakah kelulusan akademik yang diperlukan untuk memasuki kursus ini?
I. Warganegara malaysia berumur di antara 17 hingga 21 tahun pada tarikh tutup permohonan.
Ii. Lulus spm / spm(v) atau setaraf dengan kelayakan minima seperti berikut :
a) kepujian dalam matapelajaran bahasa melayu
b) kepujian dalam salah satu matapelajaran berikut :
matematik atau matematik tambahan / sains / prinsip akaun / perdagangan
c) kepujian dalam mana-mana satu matapelajaran lain dan
d) lulus dalam dua (2) matapelajaran lain, termasuk bahasa inggeris

Bagaimana untuk mengetahui samada terpilih atau tidak bagi kursus yang dipohon?
Pihak yang memohon akan diberitahu melalui surat tawaran dari pihak inspen. Permohonan dianggap tidak berjaya jika tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tutup permohonan.

Apakah kemudahan-kemudahan pembelajaran dan sukan yang disediakan oleh pihak inspen?
Kemudahan pembelajaran yang disediakan adalah seperti :
i) makmal bahasa
ii) studio lukisan
iii) perpustakaan
iv) makmal komputer
v) kemudahan sukan dan rekreasi
vi) kafetaria
vii) bilik kuliah dan sebagainya

Di manakah terletaknya inspen?
Ia terletak di alamat berikut :

Institut Penilaian Negara (INSPEN) Kampus 2
Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan Malaysia,
Persiaran INSPEN, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Sila rujuk prospektus untuk keterangan lanjut.

Adakah pelajar dikenakan bayaran untuk air dan elektrik di asrama?
Pihak inspen akan membayar semua kemudahan seperti air, elektrik dan sewa rumah untuk pelajar sijil penilaian harta tanah

Berapa lamakah masa untuk pelajar menjawab surat tawaran dari pihak inspen?
Surat tawaran hendaklah di jawab sebelum tarikh yang ditetapkan di dalam surat tawaran. Kegagalan akan menyebabkan tawaran di tarik balik.

 


DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN
Penafian: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Hak Cipta Terpelihara. Institut Penilaian Negara 2009-2014