Mengenai Penyelidikan > NAPREC

National Real Estate Research Coordinator (NAPREC)

 
 

Sejak Tahun 2002 , INSPEN adalah Koodinator Kebangsaan dalam penyelidikan harta tanah dan dikenali sebagai National Real Estate Research Coordinator (NAPREC). Sebagai Koordinator, kami menyelaraskan penyelidikan harta tanah negara dan mengurus dana untuk penyelidikan mewakili kerajaan Malaysia bagi menjayakan program penyelidikan harta tanah.

Objektif Dana NAPREC

  • Untuk mempromosi projek penyelidikan harta tanah di peringkat kebangsaan.
  • Untuk mempromosi penyelidikan harta tanah yang dapat memenuhi keperluan industri tanah Malaysia.
  • Untuk menggalak usaha untuk menjalankan penyelidikan harta tanah di kalangan penyelidikan di institut/organisasi.
  • Untuk membina rangkaian penyelidikan antara sektor awam dan swasta.
  • Untuk menambah baik persaingan melalui globalisasi dalam penyelidikan bidang harta tanah.

Dana NAPREC - Koordinator Penyelidikan Harta Tanah Negara menawarkan pembiayaan bagi penyelidikan dalam bidang harta tanah.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :-

Pn. Norhayati Bte Daud
norhayati@inspen.gov.my
+603-8924 7006
 

Hak Cipta Terpelihara © 1985 - 2007. Institut Penilaian Negara ™.
Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta,
Kementerian Kewangan Malaysia.