Tahun 2001 menyaksikan perkembangan R & D apabila INSPEN telah di beri kepercayaan oleh Kementerian Kewangan untuk melaksanakan fungsi sebagai penyelaras peringkat negara bagi penyelidikan harta tanah di bawah Rancangan Malaysia Ke-8. Selaras dengan perkembangan ini, kerajaan telah meluluskan penubuhan dana khas mulai tahun 2002 yang dikenali sebagai dana NAPREC. Pada tahun 2002 juga R & D INSPEN mula menembusi pasaran dunia melalui penganjuran simposium bertaraf antarabangsa, International Real Estate Research Symposium, (IRERS). Kejayaan IRERS 2002 telah membawa kepada penganjuran IRERS 2004 dan 2006, 2008 manakala IRERS 2010 kini bakal menyusul pada April 2010 nanti.
Objektif utama penubuhan Bahagian Penyelidikan & Pembangunan adalah untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang harta tanah bagi meningkatkan kewibawaan dan professionalisme Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) supaya menjadi sumber rujukan industri harta tanah negara.
Bagi menggalakkan aktiviti penyelidikan di JPPH, dasar dan pekeliling penyelidikan Jabatan digubal. Kumpulan penyelidik juga diwujudkan melalui penubuhan Kumpulan Penyelidik Jabatan (KPJ). Penjenamaan semula KPJ kepada ‘IG (Interest Group) Research’ adalah strategi untuk melahirkan penyelidik harta tanah yang lebih berkaliber dan mantap dalam menjalankan aktiviti penyelidikan di INSPEN dan JPPH. Dalam mewujudkan perkongsian ilmu, produk-produk penyelidikan diterbitkan dan diedarkan secara dalaman dan di jual kepada awam.
Kunjungan anda ke laman web R&D ini sangat dihargai. Laman web ini akan memberi maklumat tentang aktiviti penyelidikan serta produk terbaru. Pakej maklumat dan rangkaian topik yang dipaparkan akan membolehkan anda melayari dan mendalami maklumat tentang penyelidikan harta tanah yang dijalankan.
‘Selamat Melayari Laman Web R&D INSPEN’
‘Your Knowledge Partner in Real Estate’
Khuzaimah Abdullah
Timbalan Pengarah
(Penyelidikan dan Pembangunan)
INSPEN
|