|
Pusat Pengurusan & Teknologi Maklumat |
|||
|
Objektif Membangunkan staf JPPH dan agensi-agensi lain yang berkaitan bagi meningkatkan kemahiran pengurusan dan pentadbiran melalui program latihan dalam bidang Pengurusan dan Teknologi Maklumat. Fungsi
Program Yang Disediakan Bidang Pengurusan dan Pentadbiran Fokus program ini ialah untuk memantapkan keupayaan mengurus dari kalangan pegawai yang terlibat dengan pengurusan dan pentadbiran di JPPH, baik di peringkat bahagian, negeri, daerah, program dan unit. Selain itu program yang disediakan juga berorientasikan kepada pembentukan sikap yang positif, dinamik dan juga ketahanan diri dari aspek fizikal dan mental. Disamping itu, ia berusaha mencorak peribadi mulia dan unggul selaras dengan keperluan bagi seorang penjawat awam dalam pentadbiran kerajaan.
Tumpuan bidang ini juga ialah kearah memberikan pengetahuan dan kemahiran terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan kerja-kerja harian di pejabat. Ini meliputi hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran pejabat serta memberi pendedahan kepada isu-isu semasa yang menyentuh sistem pentadbiran dan jentera kerajaan.
Bidang Teknologi Maklumat Program ini tertumpu kepada keperluan memberikan pendedahan, pengetahuan dan kemahiran, khususnya dalam bidang teknologi maklumat selaras dengan perkembangan aspek IT dalam negara dan peringkat antarabangsa. Ia juga berusaha ke arah membina organisasi yang celik komputer yang dianggap penting bagi menghadapi pengkomputeran jabatan secara total di alaf baru. Program ini terbuka kepada semua lapisan staf JPPH. Antara latihan yang di beri ialah Microsoft Office, Siri-Siri IT yang terkini, Windows, VIS, Sistem Buku Vot Berkomputer, pemasangan dan penyelenggaraan komputer dan lain-lain. Program Induksi Umum dan Induksi Khusus Program ini dikendalikan dan dijalankan oleh INSPEN. Program ini adalah bagi maksud pengesahan jawatan kepada kakitangan yang baru di lantik di dalam skim perkhidmatan masing-masing. Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) Program ini terletak di bawah naungan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri Malaysia dan lebih kenali sebagai Malaysian Technical Co-operation Programme (MTCP). Program ini disediakan khas untuk negara-negara ASEAN dan negara-negara sedang membangun dengan objektif utama untuk mempromosi dan membantu pertukaran teknikal di kalangan negara-negara membangun berasaskan konsep kendiri. Program ini menggalakkan pertukaran pengalaman, penyatuan sumber serta pembangunan keupayaan antara satu sama lain. Di samping itu, JPPH juga menawarkan bantuan dari segi ekspot kepakaran dalam bidang yang berkaitan dengan penilaian harta tanah. |
Hak Cipta Terpelihara © 1985 - 2007. Institut Penilaian Negara ™.
Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta,
Kementerian Kewangan Malaysia.