Laman Utama

Selamat Datang Ke Bahagian Latihan

 
 

INSPEN merupakan sebuah institusi yang mengendalikan latihan dalam perkhidmatan. Selaras dengan piagam pelanggannya, INSPEN akan mengendalikan semua Program Latihan yang dirancangnya setiap tahun dengan mengedar buku Program Latihan Tahunan kepada para pelanggan pada awal tahun serta memastikan pencapaian objektif Program Latihan tercapai.

Pada 2 November 2001, Bahagian Latihan telah mendapat pengiktirafan oleh Malaysia International Organisation For Standardization daripada SIRIM Berhad untuk pensijilan MS ISO 9001:2000. Tarikh sah sijil yang pertama tersebut ialah sehingga 1 November 2007 dan telah dilanjutkan sehingga 1 November 2010 melalui 'Recertification Audit' yang telah dijalankan oleh SIRIM pada 6 Novomber & 7 November 2007.

Dasar Kualiti Bahagian Latihan ialah :-

  • INSPEN akan memberi perkhidmatan latihan yang berkualiti, sesuai dengan kehendak pelanggan, dan menepati keperluan industri harta tanah dengan memberi penekanan kepada usaha penambahbaikan yang berterusan.

Objektif Kualiti Bahagian Latihan ialah :-

  • Mengendalikan semua Program Latihan yang dirancang setiap tahun.
  • Mengedar Buku Program Latihan Tahunan kepada pelanggan sebelum 31 Januari tahun berkenaan.
  • Memastikan purata pencapaian objektif setiap program latihan mencapai sekurang-kurangnya 75%.
  • Memastikan purata pencapaian prestasi pensyarah mencapai sekurang-kurangnya 70%.

Bahagian Latihan diterajui oleh Timbalan Pengarah (Latihan & Akademik) iaitu Puan Noor Lida Binti Bahar. Bahagian Latihan terbahagi kepada tiga (3) pusat iaitu :-

  1. Pusat Penilaian & Perkhidmatan Harta
  2. Pusat Pengurusan & Teknologi Maklumat
  3. Pusat Pembangunan Profesional & Eksekutif
 

Hak Cipta Terpelihara © 1985 - 2007. Institut Penilaian Negara ™.
Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta,
Kementerian Kewangan Malaysia.