Laman web Latihan adalah bertujuan untuk menyebarkan maklumat berkaitan aktiviti latihan kepada warga JPPH, pelanggan dalam negeri seperti pihak Berkuasa Tempatan, agensi kerajaan, para profesional dari sektor awam dan swasta yang memerlukan latihan yang bersesuaian dalam bidang penilaian, pihak yang terlibat dalam industri harta tanah serta negara-negara penerima Program Kerjasama Teknikal Malaysia atau lebih dikenali dengan MTCP. Bagi memudahkan pemohon, pada masa ini kami sedang berusaha untuk menyediakan kemudahan permohonan kursus secara ‘on line’.
Saya amat berbangga kerana walaupun baru berkecimpung dalam bidang pendidikan pada tahun 2004, Pusat Akademik telah dapat mewujudkan Laman web yang semata-mata untuk menyampaikan maklumat yang terkini kepada pelajar dan bakal pelajar yang berhasrat mendapatkan maklumat berkaitan dengan kursus peringkat sijil yang dilaksanakan oleh INSPEN. Melalui Portal Pelajar, diharapkan pelajar-pelajar INSPEN dapat memperoleh maklumat mengenai jadual waktu peperiksaan, keputusan peperiksaan dan jadual belajar. Portal pensyarah juga disediakan bagi memberi maklumat sebanyak yang boleh antaranya, mendapatkan salinan nota bagi setiap subjek yang diajar oleh pensyarah berkenaan.
Adalah menjadi harapan saya agar laman web Pusat Akademik bermunafaat kepada semua, terutamanya calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Kursus Sijil di INSPEN.
Saya juga mengalu-alukan pandangan dan cadangan yang membina bagi memantapkan kedua-dua laman web ini secara berterusan.
Sekian, Wassalam. |