PROGRAM
PENGAJIAN SEPENUH MASA
INSTITUT
PENILAIAN NEGARA (INSPEN)
JABATAN
PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA
KEMENTERIAN
KEWANGAN MALAYSIA
|
A. |
LOKASI INSPEN |
|
|
1. |
Di manakah letaknya
INSPEN? |
INSPEN terletak di kawasan
Institusi Bangi yang menempatkan beberapa pusat latihan dan penyelidikan pelbagai organisasi. Alamat INSPEN adalah seperti berikut: Institut Penilaian
Negara (INSPEN) Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta Kementerian Kewangan No. 5, Persiaran Institusi Bangi 43000 Kajang, Selangor Untuk keterangan lanjut,
sila rujuk Prospektus Pengajian INSPEN. |
|
B. |
PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN DAN SYARAT KEMASUKAN |
|
|
1. |
Apakah program-program pengajian yang
ditawarkan di INSPEN? |
Program
pengajian sepenuh masa yang ditawarkan adalah seperti berikut : §
Sijil
Penilaian Harta Tanah
(SPHT) §
Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT) Walau bagaimanapun, beberapa program pengajian sijil yang lain akan ditawarkan dari semasa ke
semasa. |
|
2. |
Bagaimanakah untuk mengetahui tentang iklan kemasukan ke program
pengajian di INSPEN? |
Iklan kemasukan ke program pengajian di INSPEN akan
disiarkan di dalam akhbar-akhbar utama tempatan sekitar bulan Jun/Julai
setiap tahun. Calon-calon yang berminat dinasihatkan untuk melayari
laman web INSPEN dari semasa ke semasa untuk maklumat lanjut. |
|
3. |
Bilakah pengambilan pelajar ke program pengajian sijil ini dilakukan? |
Pengambilan pelajar ke program pengajian sijil ini dilakukan pada bulan
September dan hanya dilakukan sekali setahun. |
|
4. |
Apakah kelayakan minimum akademik
yang diperlukan untuk memasuki program pengajian sijil ini? |
i. Warganegara
Malaysia berumur di antara 17 hingga 21 tahun pada tarikh tutup permohonan. ii. Lulus
SPM atau setaraf dengan kelayakan minimum seperti berikut: a. Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa
Malaysia; b.
Kepujian
dalam mata pelajaran Matematik atau Matematik Tambahan; c. Kepujian dalam mana-mana satu mata
pelajaran Sains/Prinsip Akaun/Perdagangan atau mana-mana satu mata pelajaran lain; dan d. Lulus dalam dua (2) mata pelajaran
lain, termasuk Bahasa Inggeris. |
|
C. |
STRUKTUR PENGAJIAN |
|
|
1. |
Berapa lamakah tempoh pengajian ? |
Tempoh pengajian bagi program sepenuh masa ini ialah dua (2) tahun yang merangkumi lima (5) semester, termasuk
satu (1) semester latihan industri. |
|
2. |
Berapakah yuran pengajian yang dikenakan untuk setiap semester? |
Pelajar hanya perlu membayar sebanyak RM365.00 setiap semester iaitu
untuk semester 1,2 3 dan 5. Semester empat (4) tiada yuran pengajian kerana
latihan industri dijalankan. Dengan ini, jumlah keseluruhan yuran pengajian untuk dua (2) tahun ialah
RM1,460.00. |
|
3. |
Berapakah pula yuran pendaftaran yang dikenakan? |
Yuran pendaftaran yang dikenakan ialah sebanyak
RM300.00. Jumlah ini tidak termasuk yuran pengajian pada semester satu (1)
sebanyak RM 365.00. Dengan ini, jumlah keseluruhan yang perlu dibayar pada
semester satu (1) ialah RM665.00 (iaitu RM300.00 yuran pendaftaran + RM365.00
yuran pengajian). |
|
4. |
Apakah bahasa pengantar yang digunakan di INSPEN? |
Bahasa pengantar yang digunakan di INSPEN ialah Bahasa
Inggeris. Tertakluk pada keadaan, sesi kuliah akan dijalankan secara dwi
bahasa (gabungan Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia). Walau bagaimanapun, subjek Bahasa Inggeris akan diajar
bagi membantu pelajar menguasainya. |
|
D. |
PENGIKTIRAFAN PROGRAM PENGAJIAN |
|
|
1. |
Adakah program sijil ini mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan? |
Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT) telah diiktiraf oleh Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai setaraf dengan Sijil dari Politeknik
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Pengiktirafan ini membolehkan graduan
sijil dari INSPEN ini dilantik ke jawatan-jawatan yang bersesuaian dalam
Perkhidmatan Awam Malaysia. Melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil 07/2007,
graduan SPHT mendapat gaji permulaan yang lebih tinggi daripada pemegang SPM iaitu
di tangga gaji di P1:T9 (RM1,220.17). Bagi program baru iaitu Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT), permohonan
pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan dikemukakan. |
|
2. |
Bagaimana pula pengiktirafan daripada IPTA? |
Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT) mendapat pengiktirafan daripada UTM dan UiTM yang
membolehkan graduan INSPEN meneruskan pengajian ke Diploma Pengurusan Harta
Tanah dengan menikmati pengecualian kredit. Bagi Sijil Pengurusan
Harta Tanah (SPGT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah memperakukan
bahawa kurikulum program SPGT adalah memenuhi keperluan dan piawaian yang
diperlukan oleh Pusat Pengajian Tinggi di peringkat Sijil. |
|
3. |
Adakah program sijil ini mendapat sokongan daripada pihak Industri? |
Ya. Program pengajian Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT)
telah mendapat sokongan daripada Lembaga Penilai Pentaksir
dan Ejen Harta Tanah serta Pertubuhan Juruukur Malaysia selaku badan-badan
profesional yang memantau industri harta tanah di negara ini. Manakala, bagi program Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT), sokongan daripada
pihak Pertubuhan Jurukur Malaysia telah diperoleh khususnya dalam memberikan
input berkenaan dengan kandungan silibus program ini. |
|
E. |
PERKEMBANGAN PENGAJIAN DAN KERJAYA |
|
|
1. |
Ke manakah hala tuju pelajar selepas tamat pengajian di INSPEN? |
Pelajar mempunyai pilihan sama ada untuk melanjutkan pengajian ke IPTA
ataupun menceburi bidang pekerjaan. Peluang pengajian ke IPTA: a) Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT)
sahaja i. Melanjutkan pengajian ke peringkat
Diploma Pengurusan Harta Tanah di
Universiti Teknologi Malaysia (UTM); atau ii. Melanjutkan pengajian ke peringkat
Diploma Pengurusan Harta Tanah di
Universiti Teknologi MARA (UiTM). b)
Sijil Pengurusan
Harta Tanah (SPGT) INSPEN akan memastikan graduan ini akan
mendapat peluang pengajian yang sama seperti graduan SPHT. Peluang kerjaya: i. Bekerja dengan mana-mana
jabatan/agensi kerajaan; atau ii. Bekerja dengan firma swasta yang menawarkan pekerjaan dalam
bidang harta tanah. |
|
2. |
Adakah pelajar mendapat pertimbangan istimewa apabila memohon ke IPTA
untuk melanjutkan pengajian? |
Ya. UTM dan UiTM telah memberikan pengecualian kredit 2 semester
pengajian bagi pemegang Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT) yang memohon untuk
melanjutkan pengajian ke Diploma Pengurusan Harta Tanah. Walau bagaimanapun, keistimewaan perpindahan kredit ini adalah bersyarat,
iaitu pelajar perlu tamat pengajian di INSPEN dengan pencapaian Purata Mata
Nilai Himpunan (CPA) tidak kurang daripada 3.00. Walaubagaimanapun, bagi pemegang Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT),
INSPEN akan mengemukakan permohonan kepada pihak-pihak yang berkenaan supaya
keistimewaan yang sama akan dinikmati seperti pemegang Sijil Penilaian Harta
Tanah (SPHT) |
|
3. |
Adakah pelajar akan terus ditawarkan berkhidmat dengan jabatan/agensi
kerajaan dan firma swasta selepas tamat pengajian? |
Bergantung pada keadaan semasa dan keputusan temu duga yang dijalankan
oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), agensi-agensi kerajaan dan firma-firma
swasta yang terlibat. Dengan pengiktirafan JPA, graduan boleh memohon untuk bekerja dengan
Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) seperti Dewan Bandar Raya/Majlis Perbandaran/Majlis Daerah, Jabatan
Ketua Pengarah Tanah dan Galian, dan agensi-agensi kerajaan yang lain. Setakat ini, graduan INSPEN yang memiliki Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT) telah mula berkhidmat di JPPH, Majlis
Perbandaran/Daerah, Pejabat Tanah Dan Galian serta firma penilaian swasta
seperti Henry Butcher Malaysia, JB Jurunilai Bersekutu, Colliers, Jordan Lee
& Jaafar (JH). |
|
F. |
PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PENGAJIAN |
|
|
1. |
Bagaimanakah untuk mendapatkan borang permohonan dan memohon masuk ke
program pengajian? |
Borang permohonan hanya boleh didapati dan dilakukan
secara dalam talian (online) di alamat http://www.inspen.gov.my |
|
2. |
Adakah pemohon perlu melalui proses termu duga untuk mengikuti pengajian
di INSPEN? |
Tidak. |
|
3. |
Bolehkah calon melakukan
pembetulan terhadap borang permohonan online? |
Pemohon
yang telah membuat permohonan melalui online boleh membuat pembetulan pada maklumat di dalam
borang permohonan selagi ia belum
dimuktamadkan atau sebelum tarikh tutup permohonan. Sebarang pembetulan hendaklah disemak terlebih dahulu bagi memastikan data pemohon telah dikemas kini. |
|
4. |
Apakah yang dimaksudkan sebagai permohonan muktamad? |
Permohonan muktamad bermaksud semua maklumat di dalam
permohonan yang telah diisi adalah lengkap, betul dan sedia untuk diproses.
Pemohon juga tidak dibenarkan menukar sebarang maklumat yang terdapat pada
borang permohonan. |
|
5. |
Apakah yang harus dilakukan oleh calon sekiranya didapati ada kesilapan
maklumat dalam borang permohonan online yang telah dimuktamadkan? |
Adalah ditegaskan bahawa sebarang pembetulan tidak boleh
dilakukan lagi sekiranya terdapat kesilapan maklumat dalam borang permohonan
online yang telah dimuktamadkan. Dalam keadaan ini, pemohon dinasihatkan untuk
menghubungi terus Pusat Akademik INSPEN untuk tindakan lanjut. |
|
6. |
Berapa lamakah masa untuk calon menjawab Surat Tawaran daripada INSPEN? |
Surat Tawaran hendaklah dijawab sebelum tarikh yang
ditetapkan di dalam surat tawaran. Kegagalan melakukan demikian akan
menyebabkan tawaran ditarik balik. |
|
7. |
Bagaimanakah untuk mengetahui sama ada permohonan untuk mengikuti
pengajian ini berjaya atau tidak? |
Calon yang memohon akan diberitahu melalui Surat Tawaran daripada INSPEN.
Permohonan adalah dianggap tidak berjaya jika calon tidak menerima apa-apa
jawapan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tutup permohonan. |
|
8. |
Berapakah yuran pemprosesan
permohonan dan bagaimana bayaran harus dilakukan? |
Yuran pemprosesan permohonan ialah sebanyak RM10.00. Bayaran boleh dibuat dengan
menggunakan wang pos/bank draf/kiriman wang atas nama Pengarah INSPEN. Bayaran secara tunai
tidak diterima. Permohonan tidak akan diproses sekiranya calon tidak menyertakan bayaran ini |
|
G. |
KEMUDAHAN ASRAMA, PEMBELAJARAN DAN LAIN-LAIN |
|
|
1. |
Adakah INSPEN menyediakan kemudahan asrama? |
Ya. INSPEN menyediakan kemudahan asrama termasuk kemudahan pengangkutan
tanpa dikenakan apa-apa bayaran. |
|
2. |
Adakah pelajar dikenakan bayaran untuk kemudahan air, elektrik dan sewaan
asrama? |
Tidak. INSPEN akan membayar semua bil-bil berkaitan kemudahan air,
elektrik dan sewaan asrama. |
|
3. |
Apakah kemudahan-kemudahan pembelajaran yang disediakan oleh INSPEN? |
Kemudahan-kemudahan pembelajaran yang disediakan adalah seperti berikut: ·
Dewan/Bilik Kuliah ·
Makmal Bahasa ·
Makmal Komputer ·
Studio Lukisan ·
Perpustakaan ·
Kawasan Membaca |
|
4. |
||