|
Selamat Datang Ke Pusat Akademik |
|||
|
Pusat Akademik telah diwujudkan di bawah penstrukturan semula organisasi Institut Penilaian Negara (INSPEN) pada tahun 2005. Pengwujudan Pusat Akademik adalah selaras dengan peluasan skop fungsi Ketua Pengarah Penilaian di bawah Seksyen 4(i)(bc), Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah 1981 (pindaan 1999) yang meliputi bidang perkhidmatan pendidikan. Pada 21 Ogos 2003, INSPEN telah didaftarkan sebagai sebuah institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia mengikut peruntukan Seksyen 79, Akta Pendidikan 1996 dan merupakan satu-satunya institusi di Malaysia yang menjalankan kursus Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT). Pengambilan pelajar pertama bermula pada September 2004 dan terbuka kepada para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pengiktirafan Kelayakan Pada 10 Julai 2006, Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT) dari INSPEN telah diiktiraf sebagai setaraf dengan Sijil dari Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi. Pengiktirafan ini bagi maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang bersesuaian dalam Perkhidmatan Awam Malaysia. Kampus Kedua INSPEN Kampus kedua akan dibangunkan di atas tapak seluas 19.62 hektar dan terletak hanya satu kilometer dari kampus sedia ada. Kampus kedua ini mampu menampung sejumlah 1,500 pelajar pada satu-satu masa menjelang tahun 2013. Sila klik di sini untuk melihat gambaran awal kampus kedua INSPEN. |
Hak Cipta Terpelihara © 1985 - 2007. Institut Penilaian Negara ™.
Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta,
Kementerian Kewangan Malaysia.