header EN031019

Perkhidmatan Bernilai Komitmen Kami

 

 

Dasar Keselamatan

1. Sumbangan dan penyebaran maklumat yang dilarang dan bahan-bahan negetif yang bertentangan dengan dasar-dasar negara adalah dilarang.
2. Menyebar maklumat berbau politik, hasutan atau perkauman atau apa-apa yang menjejaskan reputasi Jabatan dan Perkhidmatan Awam adalah dilarang.
3. Pengunjung yang ingin menggunakan kemudahan seperti forum dikehendaki mendaftar sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini timbul.
4. Pengunjung hendaklah memastikan fail yang dihantar melalui kepilan (attachment) bebas dari virus.
5. Pengunjung adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas maklumat yang dikunci masuk.
6. Semua maklumat yang hendak dimuatkan ke dalam laman web Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta mestilah mendapat kelulusan Ketua Bahagian/Jabatan.
7. Laman web agensi atau syarikat yang memerlukan pautan ke laman web INSPEN atau sebaliknya mestilah mendapat kebenaran Ketua Jabatan.
8. Pencerobohan atau percubaan untuk menggodam laman web Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta adalah dilarang.